About Me

Saya bernama Idham Effendi Hj Abd Wahab. lahir di Kuala Lumpur. Kini mnetap di Ipoh. Berkerja sebagai seorang Internet Marketer sepenuh masa. Melukis adalah satu aktiviti yang tidak pernah jemu dalam diri saya, walaupun di mana saya berada jika sehari tidak menconteng rasa tak beberapa selesa. Hobi saya tetap suka melukis dan melakar. Walaubagaimana pun saya juga meminati sukan bolasepak dan badminton.

Saya boleh dikatakan, seorang yang agak unik kerana memiliki fizikal yang rendah iaitu 150cm. Saya tidak lihat ini satu kelemahan, tetapi ia adalah satu kelebihan kerana saya lebih menonjol dan mudah dikenali. Pemalu dan tidak gemar bercakap banyak. Bercita-cita ingin menjadi arkitek tetapi apa kan daya tangan tak sampai. Tapi saya berjaya menjadi designer di syarikat arkitek, itu pun sudah memadai. Saya juga berkemahiran dalam seni grafik dan 3D. Dalam lukisan, selain minat melukis portrait, saya juga melukis menggunakan medium cat minyak, tetapi hanya sebagai kegunaan sendiri.

Untuk menghubungi saya sila melalui email : idham78@gmail.com.

Terima kasih