04 August 2011

Potret Makan Aiskrim

TAJUK : Makan Aiskrim
TARIKH SIAP : 3 ogos 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan Softcopy dan Hardcopy

Ini potret Asal memang diberi hitam putih kualitinya memuaskan (tak kabur). Kerja saya tidak jadi susah untuk dapatkan position yang betul kerana pic nya memang dah begitu.

FOKUS Pada Wajah Untuk Potret A4

Untuk makluman kalau le teman diberi assignment lukis potret A4, teman akan buat fokus pada wajah dan maksimum paras bahu.. ye le A4 tu besar mana la sangat... kalau nak buat seluruh badan nanti kecik bebenor le kepala kome.. so memang A4 teman buat fokus pada wajah tanpa soal jawap lagi.. pengalaman yg buat belajar dari kelemahan dan kekurangan.. dari pengalaman le teman dapat menilai bahawa A4 memang tak sesuai buat potret seluruh badan. Malah kalau le ada dua orang dalam satu gambar, teman akan cube ubah skala dan rapatkan wajah mereka supaya boleh masuk dalam A4 tu...

TAK Perlu Hitam-putihkan Foto
Kalau nak tempah potret hitam putih, tak perlulah anda gelapkan foto tu (black n white) kecuali memang dh gelap.. bukan apa dapat le teman melihat dengan lebih realistik warna sebenar foto tu... kalau dah tergelapkan hitam putih teman terima je, bukan marah,.. nasihat....

LAMINATE dan Penghantaran
Untuk A4 saya laminate kecuali penempah melarangnya.... hantar dengan Pos Laju. siap je urusan pos laju sy akan sms dan beri tracking code skali. jangan riso, teman cuma berurusan secara sms sahaja dan tidak akan ganggu dengan panggilan. kecuali le penting sesangat. PERLU beri no tel krn pihak Pos Laju yang minta.

Nak tulis Ayat
kalau nk tulis apa-apa ayat di dalam potret pon digalakkan terutama untuk hadiah harijadi dan kenangan.. mintak maaf sy tak pandai buat ayat power.. musti sertakan sendiri ayat anda ...

Gabung Dua Dalam Satu

Kalau kome nk gabung 2 dalam satu pon boleh, maksudnya dua foto digabungkan dalam satu potret.. untuk couple la.. kawan ke, adik angkat ke, mak-anak ke dsb... hehe.. NAK 8 dalam 1 pon boleh...

NAK CEPAT?
Sy punya servis ni paling cepat 2 hari dan paling lama 7 hari. Kalau nk cepat kena bagitau awal2 la.. dan tempah awal.. kekadang sy terlewat 7 hari kerana ada urusan lain atau lukisan yg pending, sy akan bagitau la.. Ia bergantung kepada bilangan lukisan yg pending.. kekadang dalam seminggu takde tempahan kekadang dalam seminggu ada 5 tempahan. Saya akan bagitau samada boleh siap cepat atau sebaliknya .. jgn risau.

Hitam Putih atau Warna?
untuk makluman saya juga sediakan servis potret warna. Guna medium warna pensel. Mana yang cantik? hitam putih atau warna? jgn tanya sy.. ia bergantung kpd penilaian individu. ia adalah subjektif.

NAK Hubungi Saya?
Boleh call saya dan saya paling suka berurusan secara SMS : o12 4609385 (Idham) dan hantar soalan atau gambar ke idham78@gmail.com

HANTAR GAMBAR
Gambar boleh dihantar melalui mms jugak. Kalau ada fecebook boleh hantar ke Idham Asterios.
tapi terbaik attach melalui email je.

HARGA Camne??
Boleh nengok di sini senarai harga : http://idham-xpression.blogspot.com/p/tempahan.html

ps: berdasarkan beberapa tanda-tanda yang mengejutkan, dapatlah teman mengagak bahawa pilihanraya ke 13 hampirrrr tiba tidakkkk lameeeeee lg... bukan apa, meriah juga dan lebih meriah dari raya..

7 comments:

Aida Omar said...

cantik..nak aiskrim tu sikit boleh? ngeee :)

qudwa said...

smart gile gamba tu...haha

cik tikah said...

nice!

Idham said...

terima kasih di atas sokong korang sume...

Siti Syawal said...

cantikkk =)

Princess Nusy said...

nice.. =))

zety said...

lainnye muke die dari lukisan tuh