02 July 2011

Potret Pengantin

TAJUK : Potret Pengantin
TARIKH SIAP : 10 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal. Foto asal adalah foto yang penuh tetapi untuk potret saya rasa amat sesuai jika dilukis separuh badan. Ramai bertanya saya, mana yang lebih baik, lukisan warna atau lukisan hitam putih.. jangan tanya saya, saya pon tak tahu nak jawab macam mana.. saya rasa cantik atau tak terpulang kepada citarasa masing-masing sebab ia adalah subjektif. terpulang kepda individu itu sendiri untuk menilai, tak dapek la eden nak nolong nyer....

Berapa harga potret sebegini... seperti yang kita tahu, saya menyediakan dua pakej iaitu saiz A4 dan A3.. yang ini saiz A3.. dia ada 2 orang dalam satu gambar bermakna harganya adalah RM25 untuk saiz A4 dan RM 40 untuk saiz A3..

p/s: PANDANGAN saya tentang BERSIH 2.0
Saya mengikuti perkembangan politik tanahair sejak dibangku sekolah lagi dan melihat sehingga hari ini politik di negara ini amat berbeza berbanding 10 tahun lalu.

Walaupun ada pihak melabelkan sebagai 'perhimpunan haram' TETAPI kenapa 'perhimpunan haram' ini direstui oleh PERKASA dan Pemuda UMNO dengan ALASAN menghalag dan turut serta melakukan 'perhimpunan haram'. Ini sesuatu yang kelakar.... Sebenarnya hak berhimpun adalah terkandung dalam perlembagaan persekutuan asalkan memberitahu kepada polis dan tanpa perlu pon memohon kebenaran.. TUGAS polis akan menjaga keselamatan rakyat.

Significant dan impak perhimpunan ini dapat dilihat semasa BERSIH 1 dahulu pada tahun 2007 di mana selepas itu tsunami politik berlaku dan PR berjaya memenangi 5 negeri. SEBAB itu BN melihat ini suatu ancaman yang sangat besar kepada kekuasaan mereka di tanahiar ini. Tentangan paling kuat adalah daripada kaum Cina mengikut jumlah peralihan undi yang besar dari mereka pada PRU 2008.

Isu pokok dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah 8 tuntutan dalam pilihanraya dan secara jujur saya melihat ini adalah RASIONAL. dan PATRIOT tidak hentam isu pokok tetapi menghentam Ambiga dan Hindu. Tetapi BN terpaksa melihat ia suatu ancaman yang besar untuk kesinambungan kuasa politik mereka kerana impaknya sangat dasyat!. Walaupon berlangsung secara aman ia tetapi dia dasyat dan jika mereka berjaya kucar kacirkan sedikit mungkin dapat meraih perhatian rakyat bahawasanya perhimpunan aman dalan suatu gagasan politik yang merosakkan negara dan ia adalah suatu keganasan yang wajar ditolak. Jadi geng2 silat diarahkan gempur perhimpunan bersih kalau BERSIH dan Ambiga taknak u-turn. DASYAT itu bukan takutkan keselamatan negara tetapi takut tak dapat perintah negara.. kalau mereka sayang kepada keamanan negara, lantaklah mereka nak Jalan-jalan di ibukota... apa ada hal?

BERSIH kata: kami akan teruskan....
PAS kata: kita akan arahkan 100 000 ahli turut serta
POLIS kata: kami akan tangkap atas Akta Hasutan dan Ordinan Darurat..
PATRIOT kata: kami akan halang, dan bacul jika kami tak turun..
PERKASA kata: orang Cina siap sedialah bekalan makanan kerana apa saja boleh berlaku.
AGONG kata: tolong kekalkan keamanan negara

AKU SOKONG KATA-KATA SULTAN MIZAN !!!!!!

18 comments:

Lalalilillulu said...

waa hebatnyerr....

Idham said...

terima kasih Lalalilillulu

nurfatiha blacky said...

wow. awesome :)

Chempaka Aziz said...

masing2 takut dgn rupa bayang2.takut2 "disapu bersih semunya"...emmmm celukiskan sikit gmbr bayang2 boleh? hihii....

Rtp Farra Arisha said...

superb! :))

GaDis BuTtErFLy said...

salam kenal dr gadis butterfly.. wau, cantiknya lukisan.... saya hnya pandai lukis kartun yg senang2 jer, lukis potret nie x pandai... awk betol2 ada bakat.... pape pon, ceria2 selalu... :)

Mia Liana said...

cannnnntiiikkkkkkk! heheheh...

taliff said...

entahlah, yang penting negara aman...negara tidak kacau bilau. Siapa nak hidup dalam keadaan huru hara? susah tu...huhuhu.

Pecah belahkan melayu dan orang islam? Aku sokong Kata Sultan Mizan!

Siti Aziz said...

cantik lukisan tuan..

syiela said...

superblah...

micosey said...

saya sokong titah tuanku!! :)

MaMa AiNi said...

cantik lukisan yg idham lukis !!..negara kita aman n kita bebas utk bersuara..mama juga menyokong titah YD Agung..kita tak perlukan org2 yg suka memecah belahkan org2 melayu n Islam..siapa ambiga?..kenapa org2 kita mudah diperalatkan..

ArulchelseA said...

btul bro...bila da tkut mcm2 kluar..tu ckp pun putar belit.. kih kih kih...

zures said...

Marilah kita membersihkan hati-hati kita dahulu sebelum memastikan orang lain bersih....boleh ke ayat aku tu?

sudeh said...

uish gilalahh lawanyaa >.<

Ferry I said...

Bakat yang luar biasa sahabat...
Lanjutkan dan teruskan

sorfiena said...

pergh ! smart !!

Cik Teddy said...

cantek gmbr ni..
cik pon stuju sngt ngan sultan..