20 July 2011

Potret Norlida 2

TAJUK : Potret Norlida (2)
TARIKH SIAP : 18 Julai 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan Softcopy. Ini adalah siri ke 2 dan nampaknya Norlida adalah pelanggan setia saya dan saksikan potret beliau yang seterusnya.

Ini Tempahan Yang Ke-2
sebelah ini foto asal. Beliau order lagi dan sekarang saya sedang siapkan potret yang ketiga dan akan ada potret yang keempat pulak. terima kasih Norlida kerana sudi buat tempahan dan meminati lukisan potret. Harga sangat murah sebab tu saya TIDAK HAIRAN jika beliau order sampai 4 keping!

NAK NENGOK tempahan yang first dulu?
tempahan first klik di sini Berbeza sikit sebab sy dah baiki banyak kelemahan. Kan saya dah kata, sy sentiasa belajar untuk baiki kelemahan.
Kalau dibanding potret saya yang 5 tahun dahulu, memang hampasss. Mak saya pon perasan hal ini. Ayah? ayah sy dah takde. tapi beliau yang first bagi galakkan dan kesan bakat saya masa sy kecik2 dulu. Makasih ayah.

NAK TEMPAH Softcopy saja?
Kalau di hujung bulan, kita kekadang bukan takde duit tapi 'takut' nak belanja lanje nih, So, bukan susah sangat tempah softcopy je.. Apa bezanya? softcopy saya scan dan hantar dalam format jpeg dan anda boleh simpan di komputer dan jadikan profile pic dan sebagainya ikut suke la. TAPI kalau order hardcopy dapat le softcopy percuma. Apa kemende hardcopy tu? Hardcopy tu dalam bentuk fizikal >Kertas lukisan sebenar dan anda boleh buat frame dan jadikan hadiah. Senang cerita benda yang boleh nampak dan dipegang la.. kalau softcopy boleh nengok depan komputer aje la....

HARGA Cam Mana ek?
Saya ulang ayat nih seribu kali dah: " harga yang saya tawarkan adalah yang terbaik" Ada banyak harganya ada yang RM12, ada yang RM20, RM30, RM50 dan sebagainya la.. KENA ikut pakej yang kita nak.. cerita panjangnya kena rujuk di sini la: http://idham-xpression.blogspot.com/p/tempahan.html

CARA Hantar Gambar dan Bayaran...
senang je cara paling baik adalah attach pic melalui email : idham 78 [at] gmail.com. kemudian saya nak cerita sikit pasal bayar. Saya tak perlu deposit dulu.. bukan mahal mana pon. Dulu sy ambil deposit dan setelah dapat lukisan baru kisah pasal bayaran, tapi tak boleh bertahan kerana saya kena kencing!!!!... KALAU offline boleh la ambil deposit, TAPI online kena lump sum dulu baru kerja selesai.

LAMINATE dan HANTAR
Untuk A4 saya laminate dan hantar Pos Laju. Ari ni pos esok sampai. Tapi itu untuk lembah klang. Selain dari lembah Klang, mungkin 2 atau 3 ari la.. Abang Pos pon nak tido juge.. A3 saya gulung dengan kemas dan kotak-kan. Saya tak sediakan frame ya.. Adalah lebih baik kita buat frame sendiri sebab harga frame dah dekat sama dengan harga penghantaran, so lebih baik kita tempah frame sendiri , dah dua kali ganda jimat.

p/s: PERKASA buat hal lagi. Kali ini dia offer kpd students UiTM utk terima ANUGERAH IBRAHIM ALI.. kelakar! Kalau sesiapa yang rasa mereka bersikap Racist Melampau dan suka bercakap Berdentum Dendam dengan tapi apa pon tak boleh= adalah manusia paling layak ini isi borang untuk mendapat Anugerah Ibrahim Ali yang sangat suka kepada publisiti walaupon beliau di booo orang sekeliling. UMNO pon bolayan dengan Ibrahim Ali inikan pula org PAS. Banyak lagi tokoh Melayu yang sanagt disegani dan berakhlak terpuji bukan Seperti Ibrahim Ali yang dikeji. Hentikan publisiti murahan ini wahai Ibrahim Ali oiii.

24 comments:

Adylia Qarissa said...

matanya bulat!

Idham said...

yup mata nya sudah pasti bulat...

lala shaheila said...

cantik..lukisan hitam putih cantik

Adylia Qarissa said...

sebelum nie dkna dah pernah tanya pasal liminate saiz a4...tapi lupa komen kat entry yang mana :)

muat ke nak frame kan after liminate?? sebab kat kedai, saiz tuk frame a4 semua sama..

Idham said...

lala shaheila : terima kasih.

Adylia Qarissa: saya pon dh komen lupa entry mana. Ok, tak semua frame yg tak muat. Bergantung kpd keadaan frame tu. Kalau laminate dia akan ada side border dalam 1/2 inci. Kalau tak muat potong je tepian. tak jejaskan lukisan. Asalkan dapat masuk cukup.

Adylia Qarissa said...

ok2...tens yer :)

tengah pilih pic yang sesuai nie

GKA said...

GKA gak tgn xpandai melukis

yui92 said...

waahaaaaa sgt bbakat... aku reti lukis pokok je =p=p=p

baby said...

as salam...
waaahh!!
pelukiis potret..!!
hebaat naaa..
ta penah jumpe pelukis potret nye blog..
*bangga wo0o*

eitt..nk tnye..asal sy kne banned kt blog anda ek??..nk inbox shoutmix pi tak ley laa plaakk~
adeyyhh~...salam ziarah khamiis k~...huhu

Idham said...

kena banned? heran. sy tak banned sesiapa pon..

iefa ujang said...

cantik sgt2...jeles dgn org yg tgn brseni ni :)

Alin Liyana said...

LAWA LA

Idham said...

iefa ujang & Alin Liyana :
TERIMA KASIH atas pujian dan sokongan korang sume.. siapalah daku tanpa kalian cewahhhh..

Miss Y and Her World said...

perghh memang cantik lah. sebijik. you are such a talented person, bro.

Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis
Hoodie Dress Is So Gorgeous !

qellissa said...

Cantiknya..boleh lah tempah nanti ...=)

alif ismail said...

salam...cantik2 nye lukisan kat blog ni...

miss_nia said...

awesome..

Idham said...

terima kasih.. skang ni tengah free takde sesiapa tempah lg. mungkin pasal ujung bulan koot..

Idham said...

Aku Melukis Bukan Kerna nama..

Anonymous said...

bro Idham... pndai uat landskap/potret berwarna x?!~

aiman fanboy k-pop said...

boleh ajar lukis potret tak?mmg betul2 hidup lew...

bungaitucantik said...

wahh..nicee...cam best jer..cam berminat nak tempah lahh...

Idham said...

Anonymous:
senenarnya sy bukan lukis lanskap tapi potret warna dan hitam putih. kalau nk latar belakang boleh sediakan gambar atau sy cipta sendiri.

aiman fanboy k-pop:
sy ada selitkan sedikit tutorial pd entry yg lepas. Sy tak mengajar dn tak pernah belajar secara formal.

bungaitucantik:
tempah? boleh saja tapi kena rujuk 'tempah' kat atas skali. Kat situ ada disenaraikan harga dan cara pembayaran

Aida Omar said...

cantik nya lahai...