27 July 2011

Potret AIMIEYAYA

TAJUK : Aimieyaya
TARIKH SIAP : 25 Julai 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel warna
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan HARDCOPY dn Softcopy.

GABUNG Dua Dalam Satu
Seperti yang saya perkatakan sebelum ni, korang boleh gabung dua gambar dalam satu lukisan .. Malah nak gabung 4 dalam satu pon boleh laaa... Apa susah .. hantar je gambar.. pastu bagitau saya nak tambah apa.. ayat power ke, sy akan uruskan walaupon SKALA berbeza... k

SKALA berbeza???? aik?
Apa kebende tuh??? ya saiz foto yg kita ada kekadang tak sama, ada beso ada kecik.. tapi saya tak le lurus bendul plak kan .. sy akan ubah la skala dia bagi sepadan... duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.. Selain daripada itu sy juga mempunyai kepakaran dalam menyusun atur kedudukan supaya sesuai dengan saiz dan memenuhi ruang dengan sebaik mungkin.

AYAT-AYAT Dalam Potret
Nak ayat power dan berbunga-bunga???? Selain daripada itu saya tahu mungkin penempah nak menambah ayat dalam potret mereka. Ya ini adalah contohnya, dan seumur hidup sy lukih potret ini.. inilah ayat paling panjang yang penempah nak masukkan.. Sebenarnya itu adalah lirik lagu.. penin sikit pasal panjang sangat tapi saya tidak akan hampakan penempah.. (bukan apa takut tak muat je) hehe... sy terpaksa ukur dulu dengan menulis di atas kertas lain...

CARA Penghantaran.
Semua urusan menggunakan Pos Laju.. Cukup Laju ke? tu kena tanya abang driver van tu berapa kmj di bawak la... kalo kena speed trap dia yg bayo..

Hari Jadi Dah Dekat????
Alamak macam mana ni? nk tempah potret untuk hadiah harijadi tapi takut minggu depan tak sampai.. Kalau korang nk cepat bagitau saya terpaksa korbankan sedikit masa over time. Tapi jangan kelentong aku plak.. paling cepat siap dalam masa 2 hari dan paling lama 7 hari. kalau sy tak boleh siap dalam masa tu saya akan bagitau awal2 la.. JADI, lebih baik tempah lebih awal supaya tak berlaku kekecohan. nanti korang buat demonstrasi aman plak jenuh teman nak menjawap plak...

NAK Hubungi Saya?
Boleh call saya dan saya paling suka berurusan secara SMS : o12 4609385 (Idham) dan hantar soalan atau gambar ke idham78@gmail.com

HANTAR GAMBAR
Gambar boleh dihantar melalui mms jugak. Kalau ada fecebook boleh hantar ke Idham Asterios.
tapi terbaik attach melalui email je.

HARGA Camne??
Boleh nengok di sini senarai harga : http://idham-xpression.blogspot.com/p/tempahan.html

p/s: semoga harimau dapat menelan singa.. kita tengok siapa paling lapar sekali...

14 comments:

Adylia Qarissa said...

idham...kalau yang nie bape ey harganya?? dah tengok kat list harga...cuma nak kepastian heheee..

Idham said...

yg nie A4 warna 2 figure...
upahnya cuma RM35.. penghantaran RM5
jumlah Rm40 saje...

aima mazlan said...

wah..
cantek!

Idham said...

terima kasih Aima Mazlan...
Idham
Xpression

Aida Omar said...

serius idham cantik kalau berwarna erk...rasa nnt macam nak tempah je. hehe..

saya bukan tomato said...

wahhhhh memang cantekk and kreatip and berbakat .. ^^

muhammadnurislam said...

subhanAllah.. anda sgguh brbakat.. :)
sye doakan anda trus brjye d masa akn dtg n mne tahu one day jd plukis yg trknal :) aminn

LiLy @ MumMyQiStInA said...

wah..mmg cantik..Nice.. ^_^

✿ cik pieQa ✿ said...

menarik2. interesting2. nak order la. kena crik gmbar dulu ^_^

❤ Cik Nissa ❤ said...

sgt jeles dgn org bertangan seni ok...huhu

Idham said...

terima kasih. kalau order cari gambar dulu dan hantar ke email saya: idham78@gmail.com kemudian sy nk pesan jgn bagi pic yg kabur...

♥Aien Najwa♥ said...

Series..cantik sgt..=)
sangat kreatif dan tangan mempunyai seni..

Idham said...

terima kasih. sy tak pasti pulak tangan sy ada seni ke tak. Sy tengok sama jek dgn org lain.. hehe

Amoi MiyaSya said...

cantekk !