27 July 2011

Potret AIMIEYAYA

TAJUK : Aimieyaya
TARIKH SIAP : 25 Julai 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel warna
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan HARDCOPY dn Softcopy.

GABUNG Dua Dalam Satu
Seperti yang saya perkatakan sebelum ni, korang boleh gabung dua gambar dalam satu lukisan .. Malah nak gabung 4 dalam satu pon boleh laaa... Apa susah .. hantar je gambar.. pastu bagitau saya nak tambah apa.. ayat power ke, sy akan uruskan walaupon SKALA berbeza... k

SKALA berbeza???? aik?
Apa kebende tuh??? ya saiz foto yg kita ada kekadang tak sama, ada beso ada kecik.. tapi saya tak le lurus bendul plak kan .. sy akan ubah la skala dia bagi sepadan... duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.. Selain daripada itu sy juga mempunyai kepakaran dalam menyusun atur kedudukan supaya sesuai dengan saiz dan memenuhi ruang dengan sebaik mungkin.

AYAT-AYAT Dalam Potret
Nak ayat power dan berbunga-bunga???? Selain daripada itu saya tahu mungkin penempah nak menambah ayat dalam potret mereka. Ya ini adalah contohnya, dan seumur hidup sy lukih potret ini.. inilah ayat paling panjang yang penempah nak masukkan.. Sebenarnya itu adalah lirik lagu.. penin sikit pasal panjang sangat tapi saya tidak akan hampakan penempah.. (bukan apa takut tak muat je) hehe... sy terpaksa ukur dulu dengan menulis di atas kertas lain...

CARA Penghantaran.
Semua urusan menggunakan Pos Laju.. Cukup Laju ke? tu kena tanya abang driver van tu berapa kmj di bawak la... kalo kena speed trap dia yg bayo..

Hari Jadi Dah Dekat????
Alamak macam mana ni? nk tempah potret untuk hadiah harijadi tapi takut minggu depan tak sampai.. Kalau korang nk cepat bagitau saya terpaksa korbankan sedikit masa over time. Tapi jangan kelentong aku plak.. paling cepat siap dalam masa 2 hari dan paling lama 7 hari. kalau sy tak boleh siap dalam masa tu saya akan bagitau awal2 la.. JADI, lebih baik tempah lebih awal supaya tak berlaku kekecohan. nanti korang buat demonstrasi aman plak jenuh teman nak menjawap plak...

NAK Hubungi Saya?
Boleh call saya dan saya paling suka berurusan secara SMS : o12 4609385 (Idham) dan hantar soalan atau gambar ke idham78@gmail.com

HANTAR GAMBAR
Gambar boleh dihantar melalui mms jugak. Kalau ada fecebook boleh hantar ke Idham Asterios.
tapi terbaik attach melalui email je.

HARGA Camne??
Boleh nengok di sini senarai harga : http://idham-xpression.blogspot.com/p/tempahan.html

p/s: semoga harimau dapat menelan singa.. kita tengok siapa paling lapar sekali...

25 July 2011

Potret Norlida 4

TAJUK : Potret Norlida (4)
TARIKH SIAP : 21 Julai 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan Softcopy.

Ini adalah pic asal. Nampak? potret saya fokus pada wajah aje? kenapa? kerana saiz A4 adalah paling cocok skali fokus pada wajah. Cocok? sesuai ler... k

TEMPAHAN KE 4
Mata dia fuh memang cantik. Dan ini adalah pelanggan tetap saya dan ini adalah tempahan yang ke 4. dan saya percaya akan menyusul lagi tempahan yang seterusnya kerana dia ni memang minat potret.

TEMPAH Softcopy
Kalau anda nak tempah softcopy memang boleh dan harganya jauh murahnya. Tapi kena faham apa itu hardcopy dan softcopy.
  • Softcopy dalam bentuk digital (saya akan scan dan hantar dalam format jpej ke email)
  • Hardcopy dalam bentuk fizikal (lukisan sebenar yg akan saya pos kepada anda)
Order hardcopy akan diberi softcopy secara percuma.

BERAPA HARGA potret ini?
Harga potret macam ni panjang ceritanya.. kalau di ceritakan al kisahnya panjang sesangat. Maka saya dah pendekkkan ceritanya di ruangan khas: http://idham-xpression.blogspot.com/p/tempahan.html

LAMINATE untuk A4
Untuk tempahan Hardcopy A4, sy akan laminate dan hantar melalui Pos Laju. Untuk A3 saya tidak laminate kerana sy perlu gulung dan simpan dengan selamat di dalam kotak.

>>>>======..=======<<<<
p/s: Adalah diharapkan Skuad Harimau Malaya tidak putus asa dengan keputusan yang menghampakan bermain di padang karpet. Dengan kelebihan 3 gol di gelanggang lawan harap Rajagopal memperkukuhkan pertahanan dan jangan bermain dengan emosi dan tekanan. Kami tetap sokong skuad negara jatuh dan bangun. Ayuh Harimau mengaum 28 Julai ini....

22 July 2011

Potret Norlida 2

TAJUK : Potret Norlida (3
TARIKH SIAP : 20 Julai 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan Softcopy.

Ini adalah foto asal. Saya fokus sikit kat wajah.

TEMPAHAN yang Ke-3
Ini adalah tempahan yang ketiga dan akan menyusul pula tempahan yang ke-4 ya. Sabo dan slalu le skodeng blog teman ni.. atau pon kalo nak dapatkan update terkini post dr blog ni subsribe je email kat sebelah kanan tu. Setiap pukul 11 pagi dia akan sent secara automatik setiap update dari blog nih...

APA yang Saya Suke tt Potret Ini?
Saya memang suka lukis potret aksi spontan macam ni. Tak la statik duduk tegak je.. Kalo bagi gambo jangan bagi yang keras macam gambo pasport je.. jemu la... MACAM ni teman paling suka. Posing dan sebagainya... Ada satu lagi contoh yg seakan sama macam ni.. : klik di sini

SOFTCOPY dan HARDCOPY
Sesiapa yang tempah Hardcopy akan diberi keistimewaan yang hebat lah.. TAPI sebebelum tu kena faham perbezaan dia:
  • Softcopy dalam bentuk digital (saya akan scan dan hantar dalam format jpej ke email)
  • Hardcopy dalam bentuk fizikal (lukisan sebenar yg akan saya pos kepada anda)
Order hardcopy akan diberi softcopy secara percuma.

TEMPAHAN: http://idham-xpression.blogspot.com/p/tempahan.html

============ .. =============
p/s: nantikan potret Norlida yang ke4

20 July 2011

Potret Norlida 2

TAJUK : Potret Norlida (2)
TARIKH SIAP : 18 Julai 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan Softcopy. Ini adalah siri ke 2 dan nampaknya Norlida adalah pelanggan setia saya dan saksikan potret beliau yang seterusnya.

Ini Tempahan Yang Ke-2
sebelah ini foto asal. Beliau order lagi dan sekarang saya sedang siapkan potret yang ketiga dan akan ada potret yang keempat pulak. terima kasih Norlida kerana sudi buat tempahan dan meminati lukisan potret. Harga sangat murah sebab tu saya TIDAK HAIRAN jika beliau order sampai 4 keping!

NAK NENGOK tempahan yang first dulu?
tempahan first klik di sini Berbeza sikit sebab sy dah baiki banyak kelemahan. Kan saya dah kata, sy sentiasa belajar untuk baiki kelemahan.
Kalau dibanding potret saya yang 5 tahun dahulu, memang hampasss. Mak saya pon perasan hal ini. Ayah? ayah sy dah takde. tapi beliau yang first bagi galakkan dan kesan bakat saya masa sy kecik2 dulu. Makasih ayah.

NAK TEMPAH Softcopy saja?
Kalau di hujung bulan, kita kekadang bukan takde duit tapi 'takut' nak belanja lanje nih, So, bukan susah sangat tempah softcopy je.. Apa bezanya? softcopy saya scan dan hantar dalam format jpeg dan anda boleh simpan di komputer dan jadikan profile pic dan sebagainya ikut suke la. TAPI kalau order hardcopy dapat le softcopy percuma. Apa kemende hardcopy tu? Hardcopy tu dalam bentuk fizikal >Kertas lukisan sebenar dan anda boleh buat frame dan jadikan hadiah. Senang cerita benda yang boleh nampak dan dipegang la.. kalau softcopy boleh nengok depan komputer aje la....

HARGA Cam Mana ek?
Saya ulang ayat nih seribu kali dah: " harga yang saya tawarkan adalah yang terbaik" Ada banyak harganya ada yang RM12, ada yang RM20, RM30, RM50 dan sebagainya la.. KENA ikut pakej yang kita nak.. cerita panjangnya kena rujuk di sini la: http://idham-xpression.blogspot.com/p/tempahan.html

CARA Hantar Gambar dan Bayaran...
senang je cara paling baik adalah attach pic melalui email : idham 78 [at] gmail.com. kemudian saya nak cerita sikit pasal bayar. Saya tak perlu deposit dulu.. bukan mahal mana pon. Dulu sy ambil deposit dan setelah dapat lukisan baru kisah pasal bayaran, tapi tak boleh bertahan kerana saya kena kencing!!!!... KALAU offline boleh la ambil deposit, TAPI online kena lump sum dulu baru kerja selesai.

LAMINATE dan HANTAR
Untuk A4 saya laminate dan hantar Pos Laju. Ari ni pos esok sampai. Tapi itu untuk lembah klang. Selain dari lembah Klang, mungkin 2 atau 3 ari la.. Abang Pos pon nak tido juge.. A3 saya gulung dengan kemas dan kotak-kan. Saya tak sediakan frame ya.. Adalah lebih baik kita buat frame sendiri sebab harga frame dah dekat sama dengan harga penghantaran, so lebih baik kita tempah frame sendiri , dah dua kali ganda jimat.

p/s: PERKASA buat hal lagi. Kali ini dia offer kpd students UiTM utk terima ANUGERAH IBRAHIM ALI.. kelakar! Kalau sesiapa yang rasa mereka bersikap Racist Melampau dan suka bercakap Berdentum Dendam dengan tapi apa pon tak boleh= adalah manusia paling layak ini isi borang untuk mendapat Anugerah Ibrahim Ali yang sangat suka kepada publisiti walaupon beliau di booo orang sekeliling. UMNO pon bolayan dengan Ibrahim Ali inikan pula org PAS. Banyak lagi tokoh Melayu yang sanagt disegani dan berakhlak terpuji bukan Seperti Ibrahim Ali yang dikeji. Hentikan publisiti murahan ini wahai Ibrahim Ali oiii.

02 July 2011

Potret Pengantin

TAJUK : Potret Pengantin
TARIKH SIAP : 10 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal. Foto asal adalah foto yang penuh tetapi untuk potret saya rasa amat sesuai jika dilukis separuh badan. Ramai bertanya saya, mana yang lebih baik, lukisan warna atau lukisan hitam putih.. jangan tanya saya, saya pon tak tahu nak jawab macam mana.. saya rasa cantik atau tak terpulang kepada citarasa masing-masing sebab ia adalah subjektif. terpulang kepda individu itu sendiri untuk menilai, tak dapek la eden nak nolong nyer....

Berapa harga potret sebegini... seperti yang kita tahu, saya menyediakan dua pakej iaitu saiz A4 dan A3.. yang ini saiz A3.. dia ada 2 orang dalam satu gambar bermakna harganya adalah RM25 untuk saiz A4 dan RM 40 untuk saiz A3..

p/s: PANDANGAN saya tentang BERSIH 2.0
Saya mengikuti perkembangan politik tanahair sejak dibangku sekolah lagi dan melihat sehingga hari ini politik di negara ini amat berbeza berbanding 10 tahun lalu.

Walaupun ada pihak melabelkan sebagai 'perhimpunan haram' TETAPI kenapa 'perhimpunan haram' ini direstui oleh PERKASA dan Pemuda UMNO dengan ALASAN menghalag dan turut serta melakukan 'perhimpunan haram'. Ini sesuatu yang kelakar.... Sebenarnya hak berhimpun adalah terkandung dalam perlembagaan persekutuan asalkan memberitahu kepada polis dan tanpa perlu pon memohon kebenaran.. TUGAS polis akan menjaga keselamatan rakyat.

Significant dan impak perhimpunan ini dapat dilihat semasa BERSIH 1 dahulu pada tahun 2007 di mana selepas itu tsunami politik berlaku dan PR berjaya memenangi 5 negeri. SEBAB itu BN melihat ini suatu ancaman yang sangat besar kepada kekuasaan mereka di tanahiar ini. Tentangan paling kuat adalah daripada kaum Cina mengikut jumlah peralihan undi yang besar dari mereka pada PRU 2008.

Isu pokok dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah 8 tuntutan dalam pilihanraya dan secara jujur saya melihat ini adalah RASIONAL. dan PATRIOT tidak hentam isu pokok tetapi menghentam Ambiga dan Hindu. Tetapi BN terpaksa melihat ia suatu ancaman yang besar untuk kesinambungan kuasa politik mereka kerana impaknya sangat dasyat!. Walaupon berlangsung secara aman ia tetapi dia dasyat dan jika mereka berjaya kucar kacirkan sedikit mungkin dapat meraih perhatian rakyat bahawasanya perhimpunan aman dalan suatu gagasan politik yang merosakkan negara dan ia adalah suatu keganasan yang wajar ditolak. Jadi geng2 silat diarahkan gempur perhimpunan bersih kalau BERSIH dan Ambiga taknak u-turn. DASYAT itu bukan takutkan keselamatan negara tetapi takut tak dapat perintah negara.. kalau mereka sayang kepada keamanan negara, lantaklah mereka nak Jalan-jalan di ibukota... apa ada hal?

BERSIH kata: kami akan teruskan....
PAS kata: kita akan arahkan 100 000 ahli turut serta
POLIS kata: kami akan tangkap atas Akta Hasutan dan Ordinan Darurat..
PATRIOT kata: kami akan halang, dan bacul jika kami tak turun..
PERKASA kata: orang Cina siap sedialah bekalan makanan kerana apa saja boleh berlaku.
AGONG kata: tolong kekalkan keamanan negara

AKU SOKONG KATA-KATA SULTAN MIZAN !!!!!!