15 June 2011

Potret Tok Jonang

TAJUK : Potret Tok Jonang
TARIKH SIAP : 10 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensil graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Tok jonang. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal. jika anda nak meletakkan apa2 perkataan pada potret pon boleh seperti mana saya lakukan untuk potret ini.

Untuk lukisan seperti ini, bagi menampakkan keseluruhan tubuh adalah lebih baik menggunakan medium kertas bersaiz A3 dan lebih besar kerana skala untuk melukis wajah akan lebih jelas dan detail berbanding A4. Apa yang dapat saya belajar dari potret ini, saya tidak akan melukis keseluruhan tubuh dengan menggunakan saiz A4 kerana rupa paras akan lari dari asal kerana kesukaran untuk melukis secara detail wajah figure.

Sebenarnya, salah satu yang menjadi kegemaran saya adalah melukis fabrik yang sukar dan berkedut. Apabila saya dapat assignment yang banyak kedut tu saya sukeee sesangat la pasal boleh main dengan bayang dan kecerahan dan kesannya memang menarik. Kalau dapat fabrik yang flat je.. bukan tak seronok, tapi kurang mencabar dan dah tentu cepat siap.

lukisan ni memang lambat untuk disiapkan bukan banyak sangat kedut tapi corak pada kain tu.. waaaa, saya lukis satu persatu, memang detail bagi memastikan kepuasan pelanggan.

Untuk background saya ada cara tersendiri untuk menentukan cara melukis background. Tidak semua potret sesuai untuk lukis background sedemikian, banyak faktor perlu di ambil kira bagi menentukan corak background. Saya ada method sendiri.

p/s : bila ye nak pilihanraya? saya dh tak sabo2 lagi nk mengundi lagi... hehe.

3 comments:

mimie saie nie said...

wah lawa ny.. budak art ke??

Idham said...

terima kasih mimie, sy tak pernah belajar secara formal. Tapi saya belajar sendiri dan baiki kelemahan yg ada. Minat dari kecil dan dijadikan hobi sehingga hari ini.

mimie saie nie said...

wah boleh la lukis kan gambar mimie nie.. hehehe xda la gurau.. tp kagum la ngan korg yg ada bakat seni..