20 June 2011

Potret Harijadi

TAJUK : Potret Harijadi
TARIKH SIAP : 15 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensil graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Liyana. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal yang diberi oleh Liyana, menurut cik liyana, dia berpuas hati dan menghubungi saya untuk buat order lagi.

Semasa saya buat entry ini, saya baru saja habis melukis sebuah potret khas untuk hadiah hari bapa. Pelanggan saya minta buatkan sebuah potret dan meletakkan beberapa ayat dibawah lukisan. Walaupon potret tersebut saya anggap tidak mencabar tetapi saya sangat suka kepada ucapan yang dimasukkan di bawah potret tersebut. Dimana anak2 mengucapkan terima kasih kepada abah mereka kerana menjadi abah yang terbaik. Teringat saya kepada ayah saya yang telah tiada. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Kalau nengok pada foto nampak macam kat tepi pantai. Tak kisah la macam mana pun.. tugas saya cuma perlu sempurnakan potret dan memberikan background yang sesuai. Sebenarnya teknik melukis background tak sama untuk semua potret. Ada yang perlu digelapkan dan ada yang tidak perlu digelapkan dan ada yang yang perlu melukis secara tonne.

Ok. Berapa harga lukisan sebegini? sebenarnya ini adalah lukisan bersaiz A3. lukisan hitam putih dengan 1 figure (orang) adalah RM40 (termasuk penghantaran) saya akan pos dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Adakah lukisan ini saya laminate? sebenarnya untuk lukisan A3, saya tidak laminate kerana saya perlu gulung lukisan tersebut. kalau saya laminate dan pos dengan sampul besar ia memakan kos kerana harga sampul besar memang mahal malah saya tidak yakin lukisan tersebut akan selamat takut-takut meraka akan lipat sampul tersebut. Dengan kerana itu, saya lebih suka TIDAK laminate untuk lukisan A3 dan saya pastikan ia digulung dan dibungkus dengan sempurna untuk selamat sampai ke tangan pelanggan. Para pelanggan yang pernah tempah lukisan A3, pasti dah tahu penghantaran yang saya buat ini. Saya gulung dan balut dengan selamat. balut lagi dengan plastik dan simpan dalam kotak. kotak tersebut saya balut lagi dengan kertas putih. malah saya masukkan lagi tisu supaya kedudukan potret tidak terhentak atau bergoyang.

3 comments:

Anonymous said...

Mahalnye,kt melaka sy tgk org jual rm10 je

Elie Lily said...

nice one! :)

Idham said...

Elie Lily : terima kasih Elie

Anonymous : tunjukkan saya siapa dan dimana potret yg buat servis potret RM10 tu dan sy harap lain kali, komen jgn pakai Anonymous.. gunakan nama sebenar.