24 June 2011

Potret Untuk Hari Bapa

TAJUK : Potret Hadiah Hari Bapa
TARIKH SIAP : 20 Jun 2011
SAIZ : A4 - 210mm x 297mm
MEDIUM: pensil graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk hadiah hari bapa. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal. Walaupon foto asal nampak kabur sy tetap ambil juga cuma saya perlu lebih teliti terutama pada mata hidung dan misai. (hehe, macho abah dia, misai lebat ular sawa).. gurau saje.. Alhamdulillah Zeti (pelanggan saya) puas hati...

Ayat pada lukisan tersebut adalah permintaan Zeti dan ia memang mengingatkan saya kepada arwah ayah. Walaupon ini hanya lukisan bersaiz A4, tetapi ia sangat bermakna, cukup untuk anak-anak menunjukkan bahawa mereka sangat sayang kepada abah mereka, bukan dengan memberikan sesuatu yang yang mahal tetapi dengan menyusun kata-kata sudah mampu buat hati tersentuh.

LAMINATE
Untuk lukisan A4, sy akan laminate dan pos dan bagi lukisan A3, saya tidak laminate kerana saya perlu gulung lukisan tersebut dan kotakkan untuk penghantaran. Jangan bimbang harga sudah pon saya selaraskan.

p/s: Saya baru dapat bil Astro pada hari ni, dengar khabar bil akan dinaikkan, tapi tak ada perubahan pon, bila nak naik? atau dia saje buat gimik je?

20 June 2011

Potret Harijadi

TAJUK : Potret Harijadi
TARIKH SIAP : 15 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensil graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Liyana. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal yang diberi oleh Liyana, menurut cik liyana, dia berpuas hati dan menghubungi saya untuk buat order lagi.

Semasa saya buat entry ini, saya baru saja habis melukis sebuah potret khas untuk hadiah hari bapa. Pelanggan saya minta buatkan sebuah potret dan meletakkan beberapa ayat dibawah lukisan. Walaupon potret tersebut saya anggap tidak mencabar tetapi saya sangat suka kepada ucapan yang dimasukkan di bawah potret tersebut. Dimana anak2 mengucapkan terima kasih kepada abah mereka kerana menjadi abah yang terbaik. Teringat saya kepada ayah saya yang telah tiada. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Kalau nengok pada foto nampak macam kat tepi pantai. Tak kisah la macam mana pun.. tugas saya cuma perlu sempurnakan potret dan memberikan background yang sesuai. Sebenarnya teknik melukis background tak sama untuk semua potret. Ada yang perlu digelapkan dan ada yang tidak perlu digelapkan dan ada yang yang perlu melukis secara tonne.

Ok. Berapa harga lukisan sebegini? sebenarnya ini adalah lukisan bersaiz A3. lukisan hitam putih dengan 1 figure (orang) adalah RM40 (termasuk penghantaran) saya akan pos dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Adakah lukisan ini saya laminate? sebenarnya untuk lukisan A3, saya tidak laminate kerana saya perlu gulung lukisan tersebut. kalau saya laminate dan pos dengan sampul besar ia memakan kos kerana harga sampul besar memang mahal malah saya tidak yakin lukisan tersebut akan selamat takut-takut meraka akan lipat sampul tersebut. Dengan kerana itu, saya lebih suka TIDAK laminate untuk lukisan A3 dan saya pastikan ia digulung dan dibungkus dengan sempurna untuk selamat sampai ke tangan pelanggan. Para pelanggan yang pernah tempah lukisan A3, pasti dah tahu penghantaran yang saya buat ini. Saya gulung dan balut dengan selamat. balut lagi dengan plastik dan simpan dalam kotak. kotak tersebut saya balut lagi dengan kertas putih. malah saya masukkan lagi tisu supaya kedudukan potret tidak terhentak atau bergoyang.

15 June 2011

Potret Tok Jonang

TAJUK : Potret Tok Jonang
TARIKH SIAP : 10 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensil graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Tok jonang. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal. jika anda nak meletakkan apa2 perkataan pada potret pon boleh seperti mana saya lakukan untuk potret ini.

Untuk lukisan seperti ini, bagi menampakkan keseluruhan tubuh adalah lebih baik menggunakan medium kertas bersaiz A3 dan lebih besar kerana skala untuk melukis wajah akan lebih jelas dan detail berbanding A4. Apa yang dapat saya belajar dari potret ini, saya tidak akan melukis keseluruhan tubuh dengan menggunakan saiz A4 kerana rupa paras akan lari dari asal kerana kesukaran untuk melukis secara detail wajah figure.

Sebenarnya, salah satu yang menjadi kegemaran saya adalah melukis fabrik yang sukar dan berkedut. Apabila saya dapat assignment yang banyak kedut tu saya sukeee sesangat la pasal boleh main dengan bayang dan kecerahan dan kesannya memang menarik. Kalau dapat fabrik yang flat je.. bukan tak seronok, tapi kurang mencabar dan dah tentu cepat siap.

lukisan ni memang lambat untuk disiapkan bukan banyak sangat kedut tapi corak pada kain tu.. waaaa, saya lukis satu persatu, memang detail bagi memastikan kepuasan pelanggan.

Untuk background saya ada cara tersendiri untuk menentukan cara melukis background. Tidak semua potret sesuai untuk lukis background sedemikian, banyak faktor perlu di ambil kira bagi menentukan corak background. Saya ada method sendiri.

p/s : bila ye nak pilihanraya? saya dh tak sabo2 lagi nk mengundi lagi... hehe.

13 June 2011

Potret Nurulain 2

TAJUK : Potret Nurulain 2
TARIKH SIAP : 8 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensel warna
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Nurulain. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini foto asal. Nampak bercium . ops tapi tak kena lagi. k. Ada anak sedara aku datang rumah. cepat2 aku sorokkan lukisan nie. 18sx skit. kang bebudak tengok jadi kontroversi pulak. hehe.

Dia order 2 keping A4 color. ini yang kedua. KHAS untuk harijadi bf yg ke 21. perghhh..

Sori saya lambat buat post tentang lukisan nie, pasal ada lukisan yang pending lagi. alhamdulillah. bisnes online secara part time camni pun masyuk gak ye.. hehe syukur. doakan kita dimurahkan rezeki.

Baik, pada entri kali ini saya ingin mengulas sedikit tentang pelanggan saya yang komplain kenapa lukisan potret tak sama dengan lukisan asal. Jawapan saya: itulah dia lukisan potret. Kalau sama tak perlulah dipotretkan. kalau nak sama buat photography dah tentu sama 98% punya. Hatta foto pon tak mampu sama inikan pula keupayaan kemahiran manusia. Potret adalah terjemahan dari figure asal menjadikan ia lukisan/catan menggunakan medium tertentu.

10 June 2011

Potret Nurulain 1

TAJUK : Potret Nurulain
TARIKH SIAP : 7 Jun 2011
SAIZ : A3 - 420 x 297mm
MEDIUM: pensel warna
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Nurulain. Tempahan Hardcopy dan Softcopy.

Ini adalah tempahan pelangan saya dari Shah Alam untuk hadiah harijadi temannya. Ada dua lukisan yang ditempahnya, ini yang first, yg second nanti saya post lagi. Cabaran untuk potret ini adalah light pada wajah tu, saya terpaksa guna imaginasi sendiri untuk draw balik wajah mereka. Potret ini adalah antara yang saya suka kerana dah lama saya tak terima tempahan potret warna. Semenjak dua menjak ini dah ada pulak tempahan potret berwarna. dah macam trend pulak macam ikut musim.

Potret warna ini saya buat dengan menggunakan pensel warna. Kat fesbuk ari tu ada plak tanya pensel warna jenis apa? Saya menggunakan pensel warna steadtler LUNA untuk buat potret ini kerana pensel warna ini mudah didapati dengan harga yg sangat ekonomikal dan mampu menghasilkan lukisan yang bermutu. Ada plak tu sampai 36, 48 jenis batang pensel. OK itu yang menyebabkan saya suka tu. TAPI saya nak beli pensel yang bermutu dan saya dapati di Malaysia ni susah nak dapat kalau ada lebih baik order secara online dan terpaksalah bayar untuk penghantaran dari US. mak oit.. tu la tak jadi.

OK. pernah dengar pastel? pastel memang sangat sesuai untuk melukis potret terutama potret berskala besar seperti A3, A2 dan A1.. wah memang cantik kalau guna pastel. kenapa Idham tak guna pastel? Pastel perlukan penjagaan dan teknik yang betul. Nanti saya akan buka pula tempahan A2 dan pastel. Setakat ni saya tak ambil tempahan A2 dan pastel kerana saya belum dapat tool yang benar2 berkualiti dan saya perlu solve beberapa perkara teknikal supaya tidak meyusahkan pelanggan. harap bersabar.

04 June 2011

Maiza

TAJUK : Maiza
TARIKH SIAP : 1 Jun 2011
SAIZ : A4 - 210 x 297mm
MEDIUM: pensel warna
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Maiza. Penghantaran digital berwarna.

klik potret untuk besarkan gambar

Ini adalah foto asal. Terima kasih kepada Maiza kerana menempah potret dengan teman. Maiza memang subscriber email saya yang setia. OK sehinga kini saya sudah mendapat seramai
  • 32 orang EMAIL SUBSCRIBER.
  • 1200 Facebook LIKE
  • 179 Blog Follower
Teman hargai semua sokongan dan pandangan rakan-rakan. terima kasih. Pada entry kali ini teman nak cerita sikit tentang subscriber.

EMAIL SUBSRIBER
Jika anda mempunyai blog yang unik dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu peminat anda tidak mahu melepaskan peluang membaca setiap entry dari blog anda. Andakan dengan mempunyai google follower saja sudah cukup? TIDAK kerana pada pendapat saya, ia tidak dapat 'follow' blog anda secara konsisten KECUALI mereka membuka Google Reader. Tetapi jika mereka buka Google Reader sekali pon tentu mereka akan terlepas pandang jika anda tidak update secara kerap dan konsisten. BAGAIMANA nak pastikan peminat anda PASTI BACA blog entry anda? Ya, gunakan Email Subscriber. Maiza ni, adalah email subscriber saya, caranya mudah je masukkan email dan anda akan dapat email untuk pengesahan. SETIAP KALI teman update entry, maka ia akan sent ke email. Ia adalah servis percuma. Gunakan FeedBurner untuk membuat servis ini. Harap info ini dapat membantu. Teman ada 32 pembaca setia, syukur dan terima kasih, bukan senang nak dapat.