26 May 2011

Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah

TAJUK : Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah
TARIKH SIAP : 26 Mei 2011
SAIZ : A4 - 210 x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret koleksi peribadi

Agak lama saya tak update blog. Dapat juga kesempatan saya lukis potret. Ini cuma koleksi peribadi, bukan tempahan. Pasal skang ni agak kureng skit tempahan. Cuma semalam saya dapat tempahan dari US digital delivery. Saya tak kongsikan di sini pasal atas sebab privasi.

HARGA BARANG NAIK
Saya tak nak le cerita pasal lukisan aje dalam blog ni. cuma saya akan sentuh sikitt je isu semasa dan pandangan peribadi. Taklah jadi katak di bawah botol. Kerajaan akan menangguhkan kenaikan harga minyak RON95 tu bukan pasal apa. politik beb.. saya lebih suka gaduh2 antara BN vs PR nih.. kebaikkan untuk rakyat juga.! tak caya?

BARU- BARU ni kat negeri teman ni, MB dia dah buat dinar emas- Perak jugak.. tiru Kelantan.. kan bagus tu.. persaingan sihat. Bila BN bagi peruntukkan kepada sekolah agama, PR Pulau Pinang bagi dua kali ganda. kan bagus tu? Apa yang BN buat, PR buat jugak lagi lebih. Bila PR buat. BN tiru jugak. Lantak la BN nak tiru buku jingga. Saya takde masalah.

Kalau PR menang kononnya, WiFi percuma utk kawasan bandar dan luar bandar. Mesti BN tiru punya.. Tak caya? kome tengok le nanti.. SEKARANG ni baru le teman faham, apa maksud pak angguk. Kalau dalam parlimen cuma kome aje.. susah rakyat. Tapi kalau ramai pembangkang baru kome buat keje.

BULAN Jun ni harga susu naik pulak! comfirm mamak kena tukar HARGA baru nih.. dah nama dia mamak korang bukan tak kenal!..

2 comments:

sha said...

Betul tu.. sampai M'sia nk mcm ni? jap, jap, barang naik..

Diorg duk atas sedap lah.. Rakyat yg duk bawah ni la yg susah.

Rose Johari said...

Betul tuh, saya setuju... klu takde yg membangkang pasti yg lain2 duk enak jer... :)