01 May 2011

Lisa Surihani

TAJUK : Lisa Surihani
TARIKH SIAP : 1 Mei 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Portrait Lisa Surihani merupakan serang pelakon, model dan pengacara TV. Pernah menjadi heroin dalam filem Lagenda Budak Setan dan mengondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik 2010.

FOTO ASAL

Ini merupakan koleksi potrait artis yang saya lukis. Saya bukan melukis kerana kerana minat sangat terhadap artis tersebut tetapi ikhlas sebagai koleksi perbadi dan semata-mata kerana lukisan. Bukan bersandarkan kepada minat. Kekadang ada yg suka lukis apa yg mereka suka. Tetapi sy melukis sebagai hobi dan secara tak langsung sebagai medium promosi jugak.

Tahap kesukarannya adalah sederhana tetapi part paling susah sekali bahagian rambut yang mengerbang. Satu cara mudah adalah dengan tidak meniru dari gambar asal. Jadi saya buat style rambut ikut citarasa sendiri. kerana rambut ni tak akan menjejaskan lukisan. buat apa saja, rambut baru bangun tidur pun tetap macam Lisa Surihani.

Jangan terpedaya. Sekarang zaman dah canggih. Ada lukisan potrait yang yang menggunakan digital teknologi. Buatlah macammana pun hasilnya tidak akan sama dengan lukisan tangan. Siapa yg bijak dapat menilai. Lagipun lukisan tangan jauh lebih bernilai dan kepuasan tidak terhingga kepada pelukis.

8 comments:

Woofer Storm said...

lisa surihani tu..heheee cumil la pic tu,memang leh cari makan jauh ni...

follow sni

Kathy Tuah said...

wah, cntik sgt!!

Idham said...

thanks Woofer
thanks Kathy
tu lukisan A4 je..
sy kurang lukis A3
kalau A3 detail dia sharp lg
lepas ni baru sy bersemangat nk buat A3...

Hatim said...

kemah demo lukis....
comel molek..

Idham said...

kemah molek? hok olah.. makasih la dtg sini bagi pujian.. sokongan moral tu.. makasih..

Anonymous said...

semoga jadi plukis terkenal di dunia cam leornardo da vinci

A i n n u r A f i f f a h said...

hebat lah ~ :)

bungaitucantik said...

cantk sgt2 lar..A4 ker cmneh? ngatkan A3..lps neh leh r tempt gmbr yg x zoom mke..huhu