08 May 2011

Kak Sharfinaz dan Suami

TAJUK : Kak Sharfinaz dan Suami
TARIKH SIAP : 7 Mei 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret Kak Sharfinaz dan suami yang ditempah khas untuk softcopy sahaja.

===> FOTO ASAL <===

SEPERTI yang telah diperjelaskan, teman idok le terasa ati atau tersinggung kalau kome keritik lukisan teman, tapi biarlah membina. Kalau ada yang lemah, kureng tu mintak bagitau secara TERANG dan JUJUR.. Ada yg jealous.. tapi idok bagitau apa masalahnya.. dia main kritik semberono je.. yg menuduh teman pakai Photoshop la, macam-macam.. Satu LIKE bermakna, 1 sokongan moral. Kalau KOMEN bermakna 1 INSPIRASI... saya suka belajar dari anda, walaupun mungkin anda tak dapat melukis dengan baik tetapi kita dikurniakan mata dan akal untuk menilai..

SAMBUTAN HARI IBU
Bersempena dengan hari ibu teman bercadang nak dapatkan foto yang menarik untuk lukiskan sebuah lukisan untuk koleksi peribadi. Kalau kome nak BUAT HADIAH HARI IBU memang baguih sangat ler.. teman tak boleh le bagi FREE.. ramai freebie nak suruh teman lukih , tapi nak yang per.. per.. je. mangko teman... satu pesanan azimat : "saya harus mendidik masyarat untuk menghargai seni". Kalau semua free teman nak beli pensel juga, kertas lagi nak pos lagi masa lukih tu tak ambil kira .. pensel tu RM4.50 sebatang, kualiti punya! ala bukan mahai pon teman cas, dari RM20 je.. itu berkira sesangat.. cari la mana nak dapat RM20? mana? teman bagi termurah dah.. Berbalik kepada hari ibu, teman nak perpesan jangan lah kome sambut hari ibu setahun sekali je... nampak? kome ingat ibu setahun sekali je? bukan tak boleh sambut, tapi ibu kome... setahun sekali je dapat.. bayangkan.. cuba pikior kan... tapi sekurang-kurangnya sambutan hari ibu dpt melahirkan yg tidak menjadikan IBU SEBAGAI ORANG GAJI. Malah teman lihat sendiri, samseng pon sayang ibu dia tau...

STEP BY STEP pembikinan.....
kualiti pic kurang memuaskan kerana snap dr kemera handphone 2mp aje.. yang atas skali tu scan punya ya... ha yg ni hp kamera punya snap....

2 comments:

animous said...

wah... saya suka bila bro buat step by step walkthrough. dapat tengok progress.

Idham said...

terima kasih bro.. sy bercadang lepas ni. memang nk buat camni utk drawing akan dtg...