03 May 2011

Che Yan

TAJUK : Che Yan
TARIKH SIAP : 2 Mei 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan potrait Che Yan dan Anak. Dibuat khas untuk Che Yan
Walaupun lukisan ini nampak mudah sahaja tetapi ia perlu juga penelitian. Seperti yang saya perkatakan dulu, kalau kita tiru sebijik memang sukar dan memakan masa, cara mudah adalah dengan mereka sendiri gaya rambut dan lipatan baju. Jika doperhatikan, ada kelainan pada lipatan dan kedutan pada pakaian. Sy main bantai sendiri je.. Hanya perlu mereka dan berimaginasi.. cuma tiru sikit2 je... nasib tak ada nampak rambut...

Walaupun pada hari cuti Pekerja 1 Mei orang sibuk pergi berkelah, memancing, menonton wayang dan sebagainya, saya terpaksa duduk di rumah kerana ada tetamu. Maka dengan adanya masa terluang saya ambil banyak masa untuk melukis. Maka jadilah Kak Yan...

Pada masa tersekat saya sedang bersiap sedia untuk mempelbagaikan servis yang ada. Saya nak buka tempahan untuk A3 pula. Cuma sy perlu dapatkan cara terbaik untuk pemghantaran. Al maklumlah lukisan ini walaupun ringan tetapi ia tidak boleh terkena air dan dilipat. Kalau anda ada pengalaman dalam penghantaran lukisan sila email add saya di fesbuk peribadi: Idham Asterios

2 comments:

cayob said...

Cantik lukisan tu...hampir-hampir sama.....berapa lah harga..lukisan mcm tu??


alang-alang sya datang ini...kalau awk sudi..kunjung2 lah ke blog sya yang tak seberapa ini......

http://cayob.blogspot.com/

Idham said...

terima kasih Cayob.. lukisan camni tak mahal.. cuma dr Rm20 je.. cuma jgn lah ada lg yg mintak FREE .. sy perlu mendidik masyarakat supaya menghargai seni...