28 May 2011

Anak Negro

TAJUK : Anak Negro
TARIKH SIAP : 27 Mei 2011
SAIZ : A4 - 210 x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan saya di Fiverr.com Negato48. penghantaran digital.
> foto asal <

Di Fiverr.com. setiap tempahan dikenakan sebanyak USD5 dan jika tempah direct melalui saya anda dikenakan RM12. Mana lagi mahal? pandai matematik tak? Kenapa Fiverr anda kena bayar lebih? pasal fiverr akan cas 1 dollar untuk setiap pembayaran. Fiverr dapat USD1.ak Tapi itu untuk penghantaran digital atau softcopy sahaja. Jangan pening atau terkeliru pulak.

Untuk Malaysian, tak perlu melalui fiverr kalau nak order lukisan dari saya, sebab tu saya cas RM12 je. Kalau n dapatkan hardcopy kena lihat senarai harga pasai banyak pakej yang saya tawarkan.. kang pening lagi sekali. Kena nengok dan baca dengan betoi2 baru paham. apa itu softcopy dan hardcopy. klik sini utk lihat detail harge ya.

OK ler teman tahu ada yang maleh dengar cerita lukisannn je. Datang sini takde cerita lain. Sebenarnya, teman pon blogger juga macam teman2 yang lain. Ada juga menulis blog selain daripada konsep lukisan nih. TAPI.. mana tahan nak handle banyak blog. Mangko teman! lagi baik teman cerita semua yang teman nak cerita dalam satu blog. 'lukisan dalam cerita'. Merepek2 pon tak pe la kan.

FIVERR BOLEH CARI PENDAPATAN SAMPINGAN
Mungkin antara kita dah tahu tentang Fiverr.com dan ada yang baru dengar. Kalau kome nak tahu di Fiverr.com adalah lubuk untuk mendapatkan pendapatan sampingan jika kena gaya lah. OK konsep dia mudah, setiap penjual/ pekerja akan menawarkan produk /servis yang bernilai USD5. Tidak kira apa jenis tawaran pon samada servis, produk digital, barangan penghantaran dan macam-macam lagi. Mesti USD5. Anda perlu buka akaun PayPal untuk berurusan. Mudah saja di malaysia pasal maybank ada kad debit dan mudah untuk buka akaun PayPal.

Pengalaman saya di Fiverr bukan sahaja sebagai pengguna atau pembeli aje.. Idok.. teman juga adalah penjual servis. Apa yang saya tawarkan. tentu lah servis melukis potret. ini contoh user ID teman: http://fiverr.com/users/idham78 Anda boleh tawarkan sehingga 20 servis untuk satu akaun. Oleh kerana teman mahir dalam bidang seni dan grafik, maka teman bercadang nak tambah lagi servis yang ada. Ia mungkin lumayan kalau dibantu dengan promosi. kalau ada rezeki. Mungkin akak, adik, abang, pakcik, makcik ada kemahiran tertentu yang dipendam. Inilah salah satu cara menghasilkan pendapatan sampingan.

Saya ada lihat blogger kita buat servis lukih banner. ha itu peluang buat duit pasal di fiverr pasaran dia luas. Tapi untuk menjadi kaya tak brani jamin la. Tapi kalau anda ada hobi jangan dipersia-siakan inilah masa menghasilkan pendapatan sampingan. TAPI anda pernah mendakwa mendapat USD4000 ke atas sebulan. wow. macam mana dia buat tu???

No comments: