31 May 2011

Potret Sha

TAJUK : Sha
TARIKH SIAP : 31 Mei 2011
SAIZ : A4 - 210 x 297mm
MEDIUM: pensel graphite (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk Sha. rakan blogger di Sha My Heart

>klik potret untuk besarkam gambar<

OK. terima kasih tak terhingga kepada semua rakan-rakan yang memberi sokongan dan pujian melambung. Dah kembang sesangat dah nih.. Ok lupa plak. seperti biasa, kena le letak foto asalnya.. foto asal adalah daripada banner blog sha. Sha: actually saya tak tahu nama penuh nyer..

Ini foto asal. diambil daripada banner blog Sha. Kalau dilihat dari gambar asal nampak tubuh sampai ke pinggang TAPI saya lukis sampai paras dada sahaja. KENAPA ek? pasal saya lebih suka fokus pada wajah. Kalau lukis kebanyakkan tubuh nanti skala dia akan jadi kecik. Bukan saja menyusahkan malah tak nampak terserlah. Saya lebih suka fokus kepada lipatan kain, shining dan bermain dengan bayang bukan bentuk figure.

Sebenarnya lukisan ini boleh siap dalam sehari je tapi teman ambil dua hari. buat separuh pastu tinggal dan sambung balik dan siap juga. Terus sebar di facebook rasmi teman yang diberi nama : Si pelukis Potret.

FESBUK teman sudah pon mencapai lebih 1187 LIKE.. sehingga minit-minit ini. KALAU sudi silalah tambahkan like. Bukan apa , cuma bagi meriah dan sokongan je. Klik pic atas utk terus ke fesbuk teman. "untuk kita-kita aje-yang minat potret". http://www.facebook.com/sipelukispotrait

SELALUnya, teman buat influence proses menyiapkan potret. TAPI teman mintak maap le. Teman terlupa ambil gambo masa step awal tu, so tak dapat le teman tunjukkan influence penyiapan potret ni.

===============================
p/s: Nampaknya pilihanraya dah semakin hampir, Banyak petanda dah nih.. nengok kepada ucapan PM masa himpunan sejuta belia itu hari lain macam je. Pastu pertanguhan kenaikkan harga minyak lagi. TAPI 1 JUN ni, confirm tarif elektrik naik pulak!. alamak. Mungkin pilihanraya pada awal JULAI.. tu teman bagi ramalan je...

28 May 2011

Anak Negro

TAJUK : Anak Negro
TARIKH SIAP : 27 Mei 2011
SAIZ : A4 - 210 x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret untuk pelanggan saya di Fiverr.com Negato48. penghantaran digital.
> foto asal <

Di Fiverr.com. setiap tempahan dikenakan sebanyak USD5 dan jika tempah direct melalui saya anda dikenakan RM12. Mana lagi mahal? pandai matematik tak? Kenapa Fiverr anda kena bayar lebih? pasal fiverr akan cas 1 dollar untuk setiap pembayaran. Fiverr dapat USD1.ak Tapi itu untuk penghantaran digital atau softcopy sahaja. Jangan pening atau terkeliru pulak.

Untuk Malaysian, tak perlu melalui fiverr kalau nak order lukisan dari saya, sebab tu saya cas RM12 je. Kalau n dapatkan hardcopy kena lihat senarai harga pasai banyak pakej yang saya tawarkan.. kang pening lagi sekali. Kena nengok dan baca dengan betoi2 baru paham. apa itu softcopy dan hardcopy. klik sini utk lihat detail harge ya.

OK ler teman tahu ada yang maleh dengar cerita lukisannn je. Datang sini takde cerita lain. Sebenarnya, teman pon blogger juga macam teman2 yang lain. Ada juga menulis blog selain daripada konsep lukisan nih. TAPI.. mana tahan nak handle banyak blog. Mangko teman! lagi baik teman cerita semua yang teman nak cerita dalam satu blog. 'lukisan dalam cerita'. Merepek2 pon tak pe la kan.

FIVERR BOLEH CARI PENDAPATAN SAMPINGAN
Mungkin antara kita dah tahu tentang Fiverr.com dan ada yang baru dengar. Kalau kome nak tahu di Fiverr.com adalah lubuk untuk mendapatkan pendapatan sampingan jika kena gaya lah. OK konsep dia mudah, setiap penjual/ pekerja akan menawarkan produk /servis yang bernilai USD5. Tidak kira apa jenis tawaran pon samada servis, produk digital, barangan penghantaran dan macam-macam lagi. Mesti USD5. Anda perlu buka akaun PayPal untuk berurusan. Mudah saja di malaysia pasal maybank ada kad debit dan mudah untuk buka akaun PayPal.

Pengalaman saya di Fiverr bukan sahaja sebagai pengguna atau pembeli aje.. Idok.. teman juga adalah penjual servis. Apa yang saya tawarkan. tentu lah servis melukis potret. ini contoh user ID teman: http://fiverr.com/users/idham78 Anda boleh tawarkan sehingga 20 servis untuk satu akaun. Oleh kerana teman mahir dalam bidang seni dan grafik, maka teman bercadang nak tambah lagi servis yang ada. Ia mungkin lumayan kalau dibantu dengan promosi. kalau ada rezeki. Mungkin akak, adik, abang, pakcik, makcik ada kemahiran tertentu yang dipendam. Inilah salah satu cara menghasilkan pendapatan sampingan.

Saya ada lihat blogger kita buat servis lukih banner. ha itu peluang buat duit pasal di fiverr pasaran dia luas. Tapi untuk menjadi kaya tak brani jamin la. Tapi kalau anda ada hobi jangan dipersia-siakan inilah masa menghasilkan pendapatan sampingan. TAPI anda pernah mendakwa mendapat USD4000 ke atas sebulan. wow. macam mana dia buat tu???

26 May 2011

Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah

TAJUK : Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah
TARIKH SIAP : 26 Mei 2011
SAIZ : A4 - 210 x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret koleksi peribadi

Agak lama saya tak update blog. Dapat juga kesempatan saya lukis potret. Ini cuma koleksi peribadi, bukan tempahan. Pasal skang ni agak kureng skit tempahan. Cuma semalam saya dapat tempahan dari US digital delivery. Saya tak kongsikan di sini pasal atas sebab privasi.

HARGA BARANG NAIK
Saya tak nak le cerita pasal lukisan aje dalam blog ni. cuma saya akan sentuh sikitt je isu semasa dan pandangan peribadi. Taklah jadi katak di bawah botol. Kerajaan akan menangguhkan kenaikan harga minyak RON95 tu bukan pasal apa. politik beb.. saya lebih suka gaduh2 antara BN vs PR nih.. kebaikkan untuk rakyat juga.! tak caya?

BARU- BARU ni kat negeri teman ni, MB dia dah buat dinar emas- Perak jugak.. tiru Kelantan.. kan bagus tu.. persaingan sihat. Bila BN bagi peruntukkan kepada sekolah agama, PR Pulau Pinang bagi dua kali ganda. kan bagus tu? Apa yang BN buat, PR buat jugak lagi lebih. Bila PR buat. BN tiru jugak. Lantak la BN nak tiru buku jingga. Saya takde masalah.

Kalau PR menang kononnya, WiFi percuma utk kawasan bandar dan luar bandar. Mesti BN tiru punya.. Tak caya? kome tengok le nanti.. SEKARANG ni baru le teman faham, apa maksud pak angguk. Kalau dalam parlimen cuma kome aje.. susah rakyat. Tapi kalau ramai pembangkang baru kome buat keje.

BULAN Jun ni harga susu naik pulak! comfirm mamak kena tukar HARGA baru nih.. dah nama dia mamak korang bukan tak kenal!..

19 May 2011

Noor Mariani dan Ammar

TAJUK : Noor Mariani dan Ammar
TARIKH SIAP : 18 Mei 2011
SAIZ : A3 - 420mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret koleksi peribadi sempena Hari Ibu. Foto asal ehsan dari Pn. Noor Mariani.

pssss: anda boleh klik pada lukisan untuk melihat zoom in lagi... boleh nengok lagi tu.. boleh dekat lagi!! jangan risau...

>FOTO ASAL<

BESEMPENA Hari Ibu yang saya sambut setiap masa, adalah menjadi inspirasi untuk saya melukis sebuat potret bertema 'ibu'. Bukan saya tak mahu melukis ibu sendiri. Saya ada banyak lukisan ibu sendiri. Cuma saya malu nak lukis lukisan sendiri. Saya dan ibu. hehe. So, saya offer kepada rakan blogger untuk hantar foto untuk dijadikan potret. Memang saya tak banyak war-warkan perkara ini. Cuma berberapa orang saja tahu kerana saya taknak ramai yang keciwa plak tak dapat potret. kalau ramai yg hantar gambar, saya rasa kesian pulak nak tolak. Sapa nasib baik dia dapatlah kan... Itu pun ada member fesbuk yang merayu-rayu lagi... saya bukan nak mendidik masyarakat untuk tidak menghargai seni, tetapi ini adalah sumbangan saya kepada jasa IBU yang wajar kita sayangi dan disanjung. Bahkan samseng pon sayang kepada ibunya.

HARI GURU
Hari guru plak.. kang ada mintak buat offer free lagi... hehe.. ni hari BAPA pulak datang...

PASAL FOTO tu..

FOTO tu adalah sumbangan daripada 3 rakan blogger AKHIRNYA saya memilih foto Noor Mariani untuk dijadikan potret. Ini blog Pn. Noor Mariani http://www.nenscollection.blogspot.com/
Ada plak rakan fesbuk panggil dia Neni... "Neniiii! angkat kain jemuran.. hujan dan turunnn".

TUTORIAL
Ada meminta saya buat satu ruangan khas tt tutorial. Setelah melihat lukisan saya ni mereka datang semangat nak melukis dan nak belajar pula. Saya ada juga buat totorial dalam blog ini tapi dah agak lama. memang saya bercadang akan buat tutorial yang lebih proper.. sabar.

OK di sini saya selitkan step by step pembikinan potret ini dari mula hingga siap. Kalau ada yg terpikir saya guna photoshop tu, ini buktinya ya.. ori !!! tak main la photoshop. malah saya tak install pon photoshop dlm laptop nih.. bikin berat je...


18 May 2011

Lukisan 3D yang Gempak!

Pelukis bernama Fredo telah menghasilkan lukisan 3D. Saya pernah juga terbaca dan ada rakan saya telah cuba membongkar rahsia ini. rupanya beliau menggabungkan digital art dan manual art.. Bukanlah lukisan 100% tetapi hakikatnya saya sendiri pon tak pasti. Anda harus buat penilaian.

17 May 2011

Di Mana Masyarakat Meletakkan Taraf Seni Lukis?



Video dia atas adalah temuramah dengan salah seorang pelukis tersohor negara, Abdul Ghani Ahmad.

Seni Lukis di Malaysia ini berada pada suatu tahap yang 'malang' kerana langsung tidak di letakkan pada tahap yang sepatutnya. Masyarakat menganggap seni lukis umpama satu tempias dari cabang seni bukan merupakan cabang seni yang bernilai.

Cuba bandingkan dengan negara barat, mereka sangat menghayai dan menghargai seni dan meletakkan pelukis pada satu tahap yang sangat 'melampau' jika di bandingkan di Malaysia, pelukis seperti ini umpama 'pengemis' dan 'pengacau' saja. Itu pandangan peribadi saya yang sangat geram dengan sikap masyarakat kini. Tidak dinafikan ada pihak yang sangat mengagungkan seni lukis di malaysia ini.

10 May 2011

Kawan Nazrul Azat

TAJUK : Kawan Nazrul Azat
TARIKH SIAP : 9 Mei 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret Kawan Nazrul Azat. PJ

Oleh kerana sekarang musim panas maka terpaksalah saya melukis dalam bilik air-cond. selalunya tak pakai, takut bil melambung tapi dah dalam keadaan macam ni.. terpaksa le. tak kisah le, janji ok dan dapat melukis dalam keadaan selesa. kadangkala peluh akan memberi masalah, kena elakkan tangan yg lembab sentuh kertas lukisan.

En. Nazrul nampak berpuas hati apabila saya submit softcopy kepadanya. saya sendiri juga berpuas hati dengan hasil lukisan ini. Memang saya melakukan dalam keadaan berhati-hati dan teliti. Maklumlah kertas A4, ruang terhad, dengan ketelitian akan memberi kesempurnaan jika dibandingankan dengan kertas bersaiz besar.

HARGA UPDATE TERSEMPOI...
Satu perkara yang penting saya nak maklumkan di sini, saya buka untuk tempahan A3 juga. Harga sudah saya update dengan penerangan yang paling mudah faham. Harga tidak akan dapat dipertikaikan lagi! dengan harga paling SEMPOI "the cheapest!!!". Apapon tak kisah berapa nilainya.. kualiti tetap saya utamakan. Kalau ada komen saya akan ambil kira juga untuk meningkatkan servis ini.

STEP BY STEP proses menyiapkan potret ini...

08 May 2011

Kak Sharfinaz dan Suami

TAJUK : Kak Sharfinaz dan Suami
TARIKH SIAP : 7 Mei 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan Potret Kak Sharfinaz dan suami yang ditempah khas untuk softcopy sahaja.

===> FOTO ASAL <===

SEPERTI yang telah diperjelaskan, teman idok le terasa ati atau tersinggung kalau kome keritik lukisan teman, tapi biarlah membina. Kalau ada yang lemah, kureng tu mintak bagitau secara TERANG dan JUJUR.. Ada yg jealous.. tapi idok bagitau apa masalahnya.. dia main kritik semberono je.. yg menuduh teman pakai Photoshop la, macam-macam.. Satu LIKE bermakna, 1 sokongan moral. Kalau KOMEN bermakna 1 INSPIRASI... saya suka belajar dari anda, walaupun mungkin anda tak dapat melukis dengan baik tetapi kita dikurniakan mata dan akal untuk menilai..

SAMBUTAN HARI IBU
Bersempena dengan hari ibu teman bercadang nak dapatkan foto yang menarik untuk lukiskan sebuah lukisan untuk koleksi peribadi. Kalau kome nak BUAT HADIAH HARI IBU memang baguih sangat ler.. teman tak boleh le bagi FREE.. ramai freebie nak suruh teman lukih , tapi nak yang per.. per.. je. mangko teman... satu pesanan azimat : "saya harus mendidik masyarat untuk menghargai seni". Kalau semua free teman nak beli pensel juga, kertas lagi nak pos lagi masa lukih tu tak ambil kira .. pensel tu RM4.50 sebatang, kualiti punya! ala bukan mahai pon teman cas, dari RM20 je.. itu berkira sesangat.. cari la mana nak dapat RM20? mana? teman bagi termurah dah.. Berbalik kepada hari ibu, teman nak perpesan jangan lah kome sambut hari ibu setahun sekali je... nampak? kome ingat ibu setahun sekali je? bukan tak boleh sambut, tapi ibu kome... setahun sekali je dapat.. bayangkan.. cuba pikior kan... tapi sekurang-kurangnya sambutan hari ibu dpt melahirkan yg tidak menjadikan IBU SEBAGAI ORANG GAJI. Malah teman lihat sendiri, samseng pon sayang ibu dia tau...

STEP BY STEP pembikinan.....
kualiti pic kurang memuaskan kerana snap dr kemera handphone 2mp aje.. yang atas skali tu scan punya ya... ha yg ni hp kamera punya snap....