28 April 2011

Zulfiqar dan Puteri Hani

TAJUK : Zulfiqar dan Puteri Hani
TARIKH SIAP : 28 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan adik beradik anak kepada Puan Normaizura.
Pic di atas adalah gambar asal yang diberi oleh Kak Nor untuk saya lukis. Lukisan potrait posisi melintang (lanskap) sy zoom-in kan sedikit supaya dapat memenuhi ruang lukisan. Kedudukan sangat penting dan perlu pastikan keseimbangan. Beberapa teknik keseimbangan dalam lukisan perlu diambil kira.

Jika anda ada lukisan yang dirasakan sesuai sila hantar kepada saya. Satu saya ingin pesan. Jangan menghantar gambar hitam putih dan terlalu kabur. Saya terpaksa menolak jika anda hantar lukisan yang terlalu kabur demi menjaga kualiti dan realistik lukisan. Bukan saya taknak buat.

Saya bukanlah pelukis sepenuh masa (profesional) malah saya masih perlu banyak belajar lg. Saya tak sanggup digelar sifoo. Walaupun ada yg memanggil saya begitu. Saya perlu banyak belajar dan belajar. Proses ini harus berterusan. Jika dibandingkan lukisan sy terdahulu. Alhamdulillah sy dapat banyak memperbaiki kelemahan. Apa jua bidang kita harus mengunakan segala ilmu sebagai panduan dan pengalaman sebagai guru yg terbaik.

Ini facebook saya: http://www.facebook.com/sipelukispotrait

No comments: