21 April 2011

Keluarga Ummi Aufanisa

TAJUK : Keluarga Ummi Aufanisa
TARIKH SIAP : 21 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Ini merupakan tempahan dari sahabat fesbuk saya yang menggunakan nama profile Ummi Aufanisa berasal dari Pendang Kedah. Gambar keluarga ini adalah potrait untuk kenang kenangan semasa Hari Raya 2010 yang lalu.

Jika anda lihat dari gambar asal, Ummi Aufanisa agak ke kiri sedikit, dan saya cuba mengubah posisi untuk merapatkan lagi supaya apabila dilukis dalam sehelai kertas akan lebih nampak kemas dan posing yang menarik. Ia satu cabaran yang sukar untuk saya ubah posisi tersebut. Kenudian saya juga melihat kesesuaian dari zoom-in. Kalau boleh dapat zoom-in lagi dekat lagi baik tapi saya mengambil keputusan untuk zoom-in pada paras dada sahaja supaya kemas. Maknanya tak perlulah nampak kaki..
Permainan bayang yang sangat seronok. dan satu perkara yang saya nak ingatkan kepada yang mahu melukis dengan menggunakan pensel, jika anda melarik dan kemudian anda anggap ia akan jadi smooth jika anda toone dengan jari atau berus, ia adalah SILAP. Sebenarnya ia bukan teknik yang betul. Anda perlu pastikan larikkan sekata barulah boleh dilalukan tonne yang baik.

Berapa harga lukisan untuk keluarga seperti ini? jika anda belum tahu, seperti yang saya perkatakan harga lukisan adalah SEMPOI saje.. 1 fugure RM20, 2/3 figure adalah RM25 dan 4/5 figure adalah RM30. (tambah RM5 untuk penghantaran hardcopy). So,lukisan macam ini berharga RM35 termasuk penghantaran.

FACEBOOK SAYA: http://www.facebook.com/sipelukispotrait

No comments: