19 April 2011

Jozan

TAJUK : Jozan
TARIKH SIAP : 19 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Dua anak muda idaman Malaya, Johan dan Zizan atau ringkasnya JOZAN merupakan bintang yang lahir daripada rancangan realiti Raja Lawak program terbitan Astro. Johan dan Zizan merupakan gabungan yang dikatakan mantap dan diberi kepercayaan mengacarakan program Raja Lawak dan mendapat pujian dan mampu mengacarakan program Raja Lawak dengan baik. Lawak mereka adalah yang agak santai dan spontan menarik perhatian penonton.OK, lukisan ini saya hasilkan sebagai koleksi peribadi. Yang menjadi kesukaran adalah pada baju Zizan yang berjalur dan ia mengambil masa untuk dilukis, jadi saya tidak tiru sebiji dari gambar asal. Pengunaan imaginasi juga perlu untuk menjimatkan masa.. Kalau fabrik ,pokok, buahan dan lain lain kita BOLEH gunakan teknik imaginasi dan melukis mengikut apa yang kita rasa dan pengalaman. Jika perlu digelapkan tidak salah dan jika anda rasa mahu terangkan pada bahagian yang gelap juga boleh tetapi biarlah ia nampak bertepatan. Kalau melukis wajah pula perkara yang paling penting sekali adalah mata, hidung dan mulut.. jangan main bantai saja..kecuali rambut, kita boleh mengubah ikut stail yang kita suka asalkan menarik . udah le...
Sebarang komen dan tempahan amatlah diharapkan..Saya sentiasa ambil kira semua komen yang diterima kerana itu juga adalah satu proses belajar yang utama. Sila klik 'like' jika anda SUKA potrait ini sebagai 'sedekah' sokongan... k

1 comment:

Syakir Rahman said...

Johan nampak kurus...hahaha...btw, nice work