30 April 2011

Makan Ais Krim

TAJUK : Makan Ais Krim
TARIKH SIAP : 29 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Ini adalah sahabat lama saya. Berasal dari Kelantan. Sahabat saya masa belajar dulu. Mintak dilukiskan gambar buat kenangan. Gambar asal sedang makan ais krim.
Walaupun beliau meminta untuk buat secara sketch sahaja, tapi saya menolak kerana saya ingin buat lukisan potrait seperti biasa.

28 April 2011

Zulfiqar dan Puteri Hani

TAJUK : Zulfiqar dan Puteri Hani
TARIKH SIAP : 28 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan adik beradik anak kepada Puan Normaizura.
Pic di atas adalah gambar asal yang diberi oleh Kak Nor untuk saya lukis. Lukisan potrait posisi melintang (lanskap) sy zoom-in kan sedikit supaya dapat memenuhi ruang lukisan. Kedudukan sangat penting dan perlu pastikan keseimbangan. Beberapa teknik keseimbangan dalam lukisan perlu diambil kira.

Jika anda ada lukisan yang dirasakan sesuai sila hantar kepada saya. Satu saya ingin pesan. Jangan menghantar gambar hitam putih dan terlalu kabur. Saya terpaksa menolak jika anda hantar lukisan yang terlalu kabur demi menjaga kualiti dan realistik lukisan. Bukan saya taknak buat.

Saya bukanlah pelukis sepenuh masa (profesional) malah saya masih perlu banyak belajar lg. Saya tak sanggup digelar sifoo. Walaupun ada yg memanggil saya begitu. Saya perlu banyak belajar dan belajar. Proses ini harus berterusan. Jika dibandingkan lukisan sy terdahulu. Alhamdulillah sy dapat banyak memperbaiki kelemahan. Apa jua bidang kita harus mengunakan segala ilmu sebagai panduan dan pengalaman sebagai guru yg terbaik.

Ini facebook saya: http://www.facebook.com/sipelukispotrait

27 April 2011

Khushaini

TAJUK : Khushaini
TARIKH SIAP : 27 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan potrait seorang dalam dibuat khas untuk facebook profile. Ini adalah lukisan potrait drp rakan facebook saya.

Lukisan ini tidak sukar tetapi banyak ambil masa untuk lakaran bahagian yg gelap. OK. kali ini saya ingin tegaskan tentang teknik blending. Ada juga pelukis menggunakan jari untuk blending tonne. Ini adalah cara yang SALAH. Jari anda mempunyai minyak yg akan menjejaskan keseragaman lukisan. Banyak cara boleh digunakan untuk blending antaranya menggunakan tisu lembut. dan jangan terlalu menekan atau memaksa.
Berapa harga lukisan sebegini? seperti yg saya perkatakan, harga yg saya sediakan adalah paling SEMPOI di dunia!. harga lukisan ini adalah RM20 sahaja. penghantaran RM5.

http://www.facebook.com/sipelukispotrait

26 April 2011

Wardina Saffiyah

TAJUK : Wardina Saffiyah
TARIKH SIAP : 25 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel warna
PENERANGAN : lukisan koleksi peribadi Wardina Saffiyah merupakan pengacara TV, model dan pelakon. Berkahwin dengan seorang Akitek dan beliau sendiri memiliki Ijazah dalam bidang Hiasan Dalaman.
Pensel warna amat berbeza dengan pensel grafik dan pastel. Pensel warna bersifat lembut tetapi berminyak menyebabkan ia bukanlah suatu medium yang sesuai untuk blending. Untuk mendapatkan tonne yang baik terpaksalah melakukan detail yang halus. Saya lebih suka menggunakan teknik melarik.

Ramai bertanya tentang lukisan warna. Ini adalah contohnya lukisan berwarna menggunakan pensel warna. menarik kan?

FACEBOOK SAYA: http://www.facebook.com/sipelukispotrait

25 April 2011

Norlida

TAJUK : Norlida
TARIKH SIAP : 24 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN : tempahan lukisan potrait milik Norlida dari Johor. Lukisan berduet dari gambar asal.
Seperi biasa, dalam lukisan potrait yang saya lukis sy akan membuang latarbekang jika dirasakan tidak sesuai. Memang dengan menghilangkan latar belakang akan memberikan impak yang berbeza kepada sense keadaan tersebut. Dalam lukisan hitam putih, adalah terbaik sekali membiarkan sahaja latar belakang berwarna putih berbanding lukisan berwarna.

Suatu yang memberikan cabaran kepada saya adalah bermain dengan bayang dan lighting. Gambar ini tidak diambil di studio tetapi di tempat terdedah, so, satu perkara yang perlu apabila melukis adalah kesan cahaya yang perlu direka oleh pelukis seolah-olah ia diambil dari dalam studio. teknik blending yang smooth perlu berhati hati dan melakukkan lakaran yang halus dan tidak terlalu menekan supaya mendapat tonne blending yg baik.

FACEBOOK SAYA: http://www.facebook.com/sipelukispotrait

21 April 2011

Keluarga Ummi Aufanisa

TAJUK : Keluarga Ummi Aufanisa
TARIKH SIAP : 21 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Ini merupakan tempahan dari sahabat fesbuk saya yang menggunakan nama profile Ummi Aufanisa berasal dari Pendang Kedah. Gambar keluarga ini adalah potrait untuk kenang kenangan semasa Hari Raya 2010 yang lalu.

Jika anda lihat dari gambar asal, Ummi Aufanisa agak ke kiri sedikit, dan saya cuba mengubah posisi untuk merapatkan lagi supaya apabila dilukis dalam sehelai kertas akan lebih nampak kemas dan posing yang menarik. Ia satu cabaran yang sukar untuk saya ubah posisi tersebut. Kenudian saya juga melihat kesesuaian dari zoom-in. Kalau boleh dapat zoom-in lagi dekat lagi baik tapi saya mengambil keputusan untuk zoom-in pada paras dada sahaja supaya kemas. Maknanya tak perlulah nampak kaki..
Permainan bayang yang sangat seronok. dan satu perkara yang saya nak ingatkan kepada yang mahu melukis dengan menggunakan pensel, jika anda melarik dan kemudian anda anggap ia akan jadi smooth jika anda toone dengan jari atau berus, ia adalah SILAP. Sebenarnya ia bukan teknik yang betul. Anda perlu pastikan larikkan sekata barulah boleh dilalukan tonne yang baik.

Berapa harga lukisan untuk keluarga seperti ini? jika anda belum tahu, seperti yang saya perkatakan harga lukisan adalah SEMPOI saje.. 1 fugure RM20, 2/3 figure adalah RM25 dan 4/5 figure adalah RM30. (tambah RM5 untuk penghantaran hardcopy). So,lukisan macam ini berharga RM35 termasuk penghantaran.

FACEBOOK SAYA: http://www.facebook.com/sipelukispotrait

19 April 2011

Jozan

TAJUK : Jozan
TARIKH SIAP : 19 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Dua anak muda idaman Malaya, Johan dan Zizan atau ringkasnya JOZAN merupakan bintang yang lahir daripada rancangan realiti Raja Lawak program terbitan Astro. Johan dan Zizan merupakan gabungan yang dikatakan mantap dan diberi kepercayaan mengacarakan program Raja Lawak dan mendapat pujian dan mampu mengacarakan program Raja Lawak dengan baik. Lawak mereka adalah yang agak santai dan spontan menarik perhatian penonton.OK, lukisan ini saya hasilkan sebagai koleksi peribadi. Yang menjadi kesukaran adalah pada baju Zizan yang berjalur dan ia mengambil masa untuk dilukis, jadi saya tidak tiru sebiji dari gambar asal. Pengunaan imaginasi juga perlu untuk menjimatkan masa.. Kalau fabrik ,pokok, buahan dan lain lain kita BOLEH gunakan teknik imaginasi dan melukis mengikut apa yang kita rasa dan pengalaman. Jika perlu digelapkan tidak salah dan jika anda rasa mahu terangkan pada bahagian yang gelap juga boleh tetapi biarlah ia nampak bertepatan. Kalau melukis wajah pula perkara yang paling penting sekali adalah mata, hidung dan mulut.. jangan main bantai saja..kecuali rambut, kita boleh mengubah ikut stail yang kita suka asalkan menarik . udah le...
Sebarang komen dan tempahan amatlah diharapkan..Saya sentiasa ambil kira semua komen yang diterima kerana itu juga adalah satu proses belajar yang utama. Sila klik 'like' jika anda SUKA potrait ini sebagai 'sedekah' sokongan... k

18 April 2011

Mia Sara dan Dato' Siti Nurhaliza

TAJUK : Mia Sara dan Dato' Siti Nurhaliza
TARIKH SIAP : 18 April 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan duet pelakon cilik Mia Sara vs Dato Siti Nurhaliza. Mia Sarah dan Dato Siti sedang berposing. Dua orang artis dengan populariti dan generasi yang berbeza.
Gambar asal saya ambil daripada kelab peminat Mia Sara dan saya jadikan lukisan ini. Bahagian yang saya suka adalah pada bahagian mata dan rambut Mia yang lurus dan catik, bersinar terkena cahaya lampu. Jadi secara tidak langsung ia menjadi semakin menarik. Untuk mendapatkan tonne adalah TIDAK digalakkan anda menggunakan jari untuk mendapatkan tonne kerana ia berminyak sebaiknya gunakan berus lukisan. WALAUBAGAIMANAPUN, kadangkala saya menggunakan jari bagi bahagian yang saya rasakan perlu sahaja dan tidak menjejaskan lukisan.

Saya sangat sukakan lukisan dalam posisi lintang (lanskap) berbanding tegak (portrait) JIKA melukis dua orang atau lebih.. dan saya zoom-in lukisan tersebut seperti mana kebiasaan. Sebarang komen dan PERTANYAAAN amat dialu-alaukan. FACEBOOK saya www.facebook.com/sipelukispotrait Saya dapat belajar daripada kritikan dan pandangan anda. Dan jika anda mengikuti perkembangan lukisan saya, sudah banyak yang sudah berubah dan saya sentiasa asah skill yang saya ada dan memperbaiki lukisan. Kini saya sudah kembali YAKIN menerima sebarang tempahan berbanding 5 tahun dahulu. Sebab tu, sebarang komen saya ambil kira dan mencari resepi yang terbaik.

01 April 2011

Ashraf Rifqi Azrul

TAJUK : Ashraf Rifqi Azrul
TARIKH SIAP : 31 March 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Ashraf Rifqi adalah anak en Azrul dari Jitra Kedah. Lukisan agak mencabar kerana permukaan perlu smooth dan perlu elakkan sebarang garisan yang mencacatkan wajah seorang bayi. Ia berbeza dengan wajah orang dewasa kerana sebarang garisan akan mengakibatkan kedutan dan tidak nampak seperti bayi. Ini adalah lukisan 'zoom in' yang agak mencabar dan saya berasa kepuasannya.
Sebelum ini en Azrul memang pernah tempah lukisan dengan saya. Dah lama tapi saya tak ingat. Kali ini lukisan untuk anaknya pula. Ok, Paling sukar nak buat mulut dia. Saya terpaksa padam tiga kali untuk menampakkan senyumannya mengikut gambar yang diberi. Gambar yang diberi oleh en Azrul memang bermutu tinggi dan tinggi pixelnya jadi saya tidak ada masalah nk lihat secara zoon in. Kalau anda nak hantar gambar janganlah hantar yang blur.. sakit kepala saya.
Saya tak tahu apa itu 17 januari 2011. MUNGKIN tarikh lahir Ashraf. OK, tempahan masih dibuka dan harga mungkin akan dinaikkan.

Rossie, Deccy dan Danica

TAJUK : Rossie, Deccy dan Danica
TARIKH SIAP : 31 March 2011
SAIZ : A4 210mm x 297mm
MEDIUM: pensel graphic (hitam putih)
PENERANGAN :
Lukisan pada kali ini milik Pn Rossie orang Sabah yang tinggal di Bangi. Pn Rossie bersama 2 orang puterinya sedang duduk diatas sofa sebenarnya. Background dihilangkan dan diletakkan perkataan Rossie, Deccy dan Danica diatas permintaan.

Sebenarnya kedutan pada baju taklah berkedut sangat tapi untuk lukisan ini, saya lebihkan kedutannya supaya kelihatan menarik. termasuk topi Deccy tu.. Lukisan ini tak mendatangkan banyak masalah dan saya sangat berpuas hati.

Jika terdapat sebarang komen sila kongsikan disini. Tempahan masih dibuka. Saya sedang menyemak harga. Jika terlambat mungkin harga promosi ini akan dinaikkan semula. Harap maklum.

TAG: lukisan potret, portrait drawing, pn rossie dan anak, lukisan potrait, deccy and danica