07 March 2011

Opah


Tajuk lukisan saya pada kali ini adalah 'opah'. Ini bukan opah saya tapi opah en. Saiful. Opah adalah nama panggilan nenek terutama bagi orang Perak. Menurut en. Saiful, opah ni menjangkau usia hampir 100 tahun. Teringat kat arwah tok. Bagi sesiapa yang masih ada nenek, opah, tok, wan dan sebagainya, sayangilah mereka kerana dengan adanya mereka maka kita dapat melihat dunia pada hari ini (dengan kuasa dan ketentuan Allah). Lihatlah wajahnya yang tenang mengandungi seribu satu pengalaman. Mungkin apa yang dia tempuh tidak akan sama dengan apa yang kita rasa sekarang.
Hari ini aku merasa seronoklah dapat luangkan sedikit masa melukis wajah opah ini, maklumlah asyik sibuk je manjang. tangan aku kalau tak menconteng tak senang duduk. OK. Hari ini hari Isnin, lukisan ini siap pada pada hari ini 7.3.2011. OK. kenapa lukisan ini ketepi? ha itulah style namanya.. macam fotografi la juga, art ni memang pelik, yang pelik itulah sedap.
Koleksi simpanan tentang wajah orang tua. Ini antara salah satunya... harap bagi komen.


1 comment:

khunsuriyatit said...

spt ada cerita sedih disebalik wajah tua opah..nice