24 February 2011

Lionel Messi - FC Barcelona

Lionel Andres Messi (lahir 24 Jun 1987 di Rosario) merupakan seorang pemain bola sepak untuk kelab FC Barcelona dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. Sebenarnya lukisan ini agak pening sikit kerana bahagian rambut dia ambil masa sedikit untuk disiapkan. Antara lukisan terbaru dalam koleksi tema saya iaitu bintang bola. Siapa lepas ni? tunggu...

Baju barcelona ni, sebenarnya sebelah merah sebelah biru, tapi saya dapati kalau dibuat tonne nampak seakan akan sama jadi saya rasa lebih baik buat semua sama. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya lipatan baju jersey tersebut saya taklah tiru bulat bulat dari gambar asal, tapi saya ikut kepala otak sendiri kerana kalau semua nak sama mungkin 10 jam tak siap-siap.

OK, cuba teka berapa lama nak siapkan lukisan ini. Susah juga nak siapkannya. Nasib badanlah... tapi kepuasan diutamakan, pencapaian didahulukan.. eh cam penah dengar moto tu... lukisan ini kalau anda berkenan saya jual dengan harga yang ekonomikal dengan penghantaran percuma. Saya lebih suka berurusan dengan eBay kerana mudah dan selamat. eBay adalah syurga 'shopping shop' yang terbesar di dunia. Klik sini untuk lihat lukisan saya di eBay.


No comments: