24 February 2011

Carlos Teves - Argentina

Carlos Teves pemain kebangsaan Argentina yang bermain di Manchester City dan dipinjamkan ke Manchester United. Macam biasa cabaran yang paling saya suka adalah rambutnya yang panjang dan berserabut. Saya cuba menggunakan imaginasi sendiri tanpa meniru daripada foto asal. Gaya rambut dan kedutan baju adalah saya reka sendiri mengikut citarasa. Cuma pada bahagian muka sahaja kena hati-hati. Senang kerja pasal mata sebelah aja yang nampak.
Ini adalah lukisan kedua terakhir dalam tema bintang bola. Dalam koleksi ini, ada sorang lagi bintang kegemaran saya yang belum saya lukis.. siapa? tunggu... OK Carlos Teves ini memanglah saya minat dengan permainannya yang lincah tetapi ada yang lebih sukar bukan skill Teves tapi nak lukis Carlos Teves.. ha, macam mana lukisan ni?
kalau ada pertanyaan ke, nak komen ke, nak ngutuk ke, nak kenalan ke dan apa ajer, saya boleh layan di email atau YM. (alamat email rujuk kat tepi blog tu ada ha) Saya akan jawap email ASAP. (As Soon As Posible). Kalau teringin nak dapatkan lukisan ini boleh rujuk di sini. Setakat itu saja kerana saya nak siapkan satu lagi koleksi lukisan.

No comments: