25 February 2011

Didier Drogba (Chelsea)

Didier Drogba adalah penyerang Chelsea yang menghampiri penghujung karier. Skang dah pun berumur 32 dan akan retired. Tapi ibarat kuda tua yang masih bertenaga. Tetap menjadi ketakutan kepada semua penjaga gawang..
Lukisan Didier Drogba ini adalah siri terakhir dalam tema bintang bola aku, maka lepas ini aku nak buka tema yang lain sikit iaitu 'sentuhan jiwa'. OK, lukisan ini ambil masa juga mungkin kerana rambut dan jerseynya. kalau lukis orang berkulit gelap nampak mudah kerana tak banyak main dengan bayang.
Kalau anda mahu komen amat dialu-alukan. Jangan lihat sahaja, tak best la cam tu kan.. cam makan tak basuh tangan. Lukisan ini saya jual dengan harga berpatutan dan penghantaran free. sila lihat di sini untuk keterangan lanjut. Satu lagi, kalau nak lihat koleksi lukisan terkini, sila subscribe email dan anda akan dapat post terkini dari blog ini. terima kasih.

24 February 2011

Carlos Teves - Argentina

Carlos Teves pemain kebangsaan Argentina yang bermain di Manchester City dan dipinjamkan ke Manchester United. Macam biasa cabaran yang paling saya suka adalah rambutnya yang panjang dan berserabut. Saya cuba menggunakan imaginasi sendiri tanpa meniru daripada foto asal. Gaya rambut dan kedutan baju adalah saya reka sendiri mengikut citarasa. Cuma pada bahagian muka sahaja kena hati-hati. Senang kerja pasal mata sebelah aja yang nampak.
Ini adalah lukisan kedua terakhir dalam tema bintang bola. Dalam koleksi ini, ada sorang lagi bintang kegemaran saya yang belum saya lukis.. siapa? tunggu... OK Carlos Teves ini memanglah saya minat dengan permainannya yang lincah tetapi ada yang lebih sukar bukan skill Teves tapi nak lukis Carlos Teves.. ha, macam mana lukisan ni?
kalau ada pertanyaan ke, nak komen ke, nak ngutuk ke, nak kenalan ke dan apa ajer, saya boleh layan di email atau YM. (alamat email rujuk kat tepi blog tu ada ha) Saya akan jawap email ASAP. (As Soon As Posible). Kalau teringin nak dapatkan lukisan ini boleh rujuk di sini. Setakat itu saja kerana saya nak siapkan satu lagi koleksi lukisan.

Lionel Messi - FC Barcelona

Lionel Andres Messi (lahir 24 Jun 1987 di Rosario) merupakan seorang pemain bola sepak untuk kelab FC Barcelona dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. Sebenarnya lukisan ini agak pening sikit kerana bahagian rambut dia ambil masa sedikit untuk disiapkan. Antara lukisan terbaru dalam koleksi tema saya iaitu bintang bola. Siapa lepas ni? tunggu...

Baju barcelona ni, sebenarnya sebelah merah sebelah biru, tapi saya dapati kalau dibuat tonne nampak seakan akan sama jadi saya rasa lebih baik buat semua sama. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya lipatan baju jersey tersebut saya taklah tiru bulat bulat dari gambar asal, tapi saya ikut kepala otak sendiri kerana kalau semua nak sama mungkin 10 jam tak siap-siap.

OK, cuba teka berapa lama nak siapkan lukisan ini. Susah juga nak siapkannya. Nasib badanlah... tapi kepuasan diutamakan, pencapaian didahulukan.. eh cam penah dengar moto tu... lukisan ini kalau anda berkenan saya jual dengan harga yang ekonomikal dengan penghantaran percuma. Saya lebih suka berurusan dengan eBay kerana mudah dan selamat. eBay adalah syurga 'shopping shop' yang terbesar di dunia. Klik sini untuk lihat lukisan saya di eBay.


23 February 2011

Cristiano Ronaldo (Real Madrid)


Cristiano Ronaldo pemain Portugal dan pemain sayap Real Madrid. Dia join Real Madrid pada tahun Julai 2009 dan diberikan jersi no 9 yang sebelum itu dipakai oleh legenda Madris Alfredo Stifano. Satu penghormatan kepada Ronaldo. OK. Mengenai lukisan ini pula, saya sedang menggumpul portrait bertemakan bintang bola sepak yang hangat masakini. Lepas abih tema ini saya akan lukis tema lain pulak.
Tahap kesukaran sederhana sahaja. Hanya bermain dengan bayang dan memastikan rambutnya nampak tidak 'keras'. Satu rahsia dalam lukisan, apabila anda melukis di bahagian tepi elakkan memperjelaskan tepian kerana ia akan kelihatan seperti melukis kartun bukan lagi potrait. Baju dia warna putih, tapi saya sengaja gelapkan sedikit supaya taklah tenggelam dengan background yang dah sedia putih.
Lukisan Cristiono Ronaldo ini saya sudah di promote di ebay dengan harga RM30 penghantaran percuma ditanggung saya sendiri. Nak? boleh berurusan melalui Maybank atau Paypal pon saya terima. boleh klik disini untuk beli. Saya suka dengar komen dari anda. Terima kasih

22 February 2011

Fernando Torres - Chelsea

Fernando Torres kini bermain untuk Chelsea. Kalau tak silap yuran pemindahan sebanyak 50 juta pound. Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang masalah dalamaan Chelsea yang terpaksa melistkan beberapa pemain untuk digugurkan kerana 'rabak' sebab beli Torres nie. Penyerang Sepanyol ini memang menyerlah di zaman remaja kerana 2 kali menjadi pemain terbaik UEFA Eropah. Lahir pada 1984.

21 February 2011

Wayne Rooney

Wayne Rooney atau nama penuhnya Wayne Mark Rooney. Lahir pada tahun 1985. Ok. Dia nie lahir kat Liverpool, main kelab Remaja di Everton dan sekarang pemain profesional di Manchester United. Hanya main kat England je.. Ye la, players England selalunya tak main diluar, mungkin itu sebabnya England kurang meyerlah di Piala Dunia. Dulu dia pakai jersey no 8 skang pakai jersi no 10 plak... tapi main utk England pakai jersi no 9. Aku memang minat dia kerana selain peledak gol beliau adalah penghantar bola yang terbaiklah. Banyak trik dan mampu mengelirukan penjaga gol.

20 February 2011

Kumpulan Sepah Raja Lawak Silalitamplom

Kumpulan Sepah hasil gabungan 3 sahabat dari Johor yang terlah berjaya merangkul Juara Raja Lawak musim ke 3. Memang mereka berbakat. Terus ada job buat drama bersiri Bujang Sepah Silalitamplom. Lawak mereka ni kekadang agak kasar tapi taklah over sangat. Lukisan ini saya buat bukan kerana saya minat sangat dengan kumpulan ini, tapi sy dapat ilham buat lukisan ini lepas menonton Raja lawak musim ni. Teringat kat Sepah.



18 February 2011

Mia Sara dan Lisa Surihani.


Ini potrait Mia Sara dan Lisa Surihani. Lakonan drama bersiri AdamMaya yang sangat syok dan yang paling tertarik sekali watak yang dibawa oleh Mia Sara memang comel dan kiut.
Inilah hasilnya selepas discan. Original copy mak aku dah mintak. Katanya nak laminate. Dia suka kat Mia Sara. kiut miut, geram.