30 August 2008

2 Sahabat Karib

Saya ingin ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara. Apa yang penting sekali adalah penghayatan kita sebagai umat Islam dan taatsetia kita kepada negara. walaupun negara sekarang agak panas dengan isu-isu politik, diigatkan supaya kita tidak membelakangkan apa yang lebih Utama.

baiklah, dipendekkan cerita saya ingin memperkenalkan sebuah lukisan yang saya siapkan sebulan yang lalu. lukisan ini adalah kiriman Noor Syazlin. ia bersaiz A4, 2 figure, menggunakan pensel warna.

19 August 2008

Kak Siti's Happy Family

Ini lukisan keluarga Kak Siti dari Kulai Johor. Samada anda perasan atau tidak saya sudah pun post lukisan pertama dia. Lukisan kak Siti dan suami bersama Perdana. Ini adalah gambar dia bersama anak dan suami beliau. memang kelihatan sangat ceria dengan reaksi spontan dan kombinasi warna warni yang menarik. semoga beliau terus sejahtera dan ceria selalu.

15 August 2008

Pengantin Bersama Perdana

Gambar pengantin posing bersama proton perdana. Dah lama siap, jadi saya rasa untuk post kali ini saya pilih lukisan ini. sebenarnya latar belakang tersebut adalah kereta Waja tetapi mereka mahu saya tukarkan dengan kereta Perdana dan nombor plat kereta sekali. tahap yang paling sukar sekali adalah apabila melukis medium yang statik ataupun objek bersegi seperti kereta, kerusi, rumah dan sebagainya, kerana ketelitian harus berhati-hati pada garisan tepi. Jika tidak lurus maka ia tidak akan hidup seperti asal dan berbeza pula dengan figure seperti orang. Selepas melihat lukisan ini mereka terus berpuas hati dan ia telah saya pos ke Johor..

08 August 2008

Khalissa

Khalisa, satu tahun tiga bulan, anak Pn. Zuliana (Anna). http://dalissacuppacake.blogspot.com/ . Lukisan pensel bersaiz A4. Pada pengalaman saya, penempah yang paaing ramai adalah wanita dan mereka kerap menghantar gambar anak-anak mereka. Bagi keluarga, 3 atau empat orang jarang-jarang. Jika anda ada anak dua orang atau lebih, saya boleh gabungkan dua dalam satu tetapi gambar tersebut biarlah sesuai, jangan nanti bila digabungan nampak seperti tidak matching aje... Saya akan lihat samaada sesuai atau tidak. kalau anda pening tak tahu nak pilih gambar mana yang sesuai, hantar le bebanyak gambar kepada saya dan saya tolong pilihkan yang mana sesuai.

04 August 2008

Dalea (anak Pn. Zuliana)

Lukisan A4. menggunakan sentuhan kaler pensel. Dalea ni berumur 3 tahun 10 bulan... Sebenarnya lukisan ini ada sepasang..adiknya yang nak tumbuh gigi (Khalissa) memang kiut. Nanti saya akan poskan ya... Sepanjang saya nak siapkan luksan ini, saya berasa memang happy kerana dapat gambar kanak-kanak yang kiut. Saya dari dulu lagi memang suka kepada kanak-kanak tambah pulak budak kecik yang comel dan kiut... Oh ya kalau anda nak melawat blog ibu kepada dalea , boleh klik : http://dalissacuppacake.blogspot.com/ Banyak biskut dan kek yang ada di sana. Saya tak larat nak lawat blog dia kerana mesti rase lapar.... bayak makanan ..meleleh............