25 July 2008

Anak Pn. Anom di UK



Ini lukisan anak Pn. Anom. di UK kalau tak silap ler.. lukisan tak boleh nak tegakkan..dalam post ini. sori very much...
Format A4, hitam putih(pensel graphic),

03 July 2008

Portrait Seorang Wanita

Inilah potrait seorang wanita yang telah saya gantikan warna bajunya. Kalau saya letakkan warna hitam jadi seperti lukisan black and white. Sebenarnya dah tiga kali saya lukis gambar dia, kebanyakkannya dia pakai baju hitam. Mungkin dia suka warna hitam. Ada juga gambar foto yang saya reject pasal terlalu kabaur. Jadi, sesiapa yang ingin menghantar tu pastikan tidak kabur, tapi takpe kalau saya dapati tidak boleh nak terima saya akan maklumkan.

01 July 2008

En. Fauzi dan Isteri

Setelah memperkenalkan hanya sekali blog saya kepada En. Fauzi, tanpa berlengah lagi beliau terus meng-order sebuah lukisan potrait hitam putih. terima kasih En Fauzi. Bagi anda yang masih tercari-cari gambar tu, jangan pening kepala, kalau tak ada gambar orang, gambar kucing pun boleh. Ada juga yang bertanya, nak minta lukiskan gambar kereta. Saya tiada masalah kalau itu kehendak anda. Cuma bila ada yang minta lukiskan karikatur saya agak keberatan kerana saya kurang cenderung dalam bidang karikatur. Pernah mencuba untuk lukis tapi jadi hasil yang kelakar sikit...hehe.