12 May 2008

Warga Emas

Lukisan "Warga Emas" bersaiz A4 menggunakan medium pensel warna. Suatu yang amat mengembirakan pelukis apabila lukisannya mendapat respon dari orang yang tak pernah memberikan komen. Apabila saya melukis potrait ini ada seorang kanak-kanak memberikan komen memuji lukisan tersebut. "saya nak belajar lukih ngan abang bleh?".

Perkara yang sukar tentulah bahagian kedut di bahagian wajah dan kain serban. Bermain dengan lighting adalah perkara yang menjadi kegemaran saya. Jika tiada terang dan gelap, tiada sinar dan bayang saya merasakan tidak sempurna rasanya. Kadangkala saya sengaja ubahsuai sedikit dari keadaan sebenar supaya apa yang saya dapat adalah hasil ekspresi saya. Bahagian background, juga penting. Jika diletak dengan warna terang akan menggambarkan suasana ceria tetapi saya memilih warna hijau supaya kelihatan agak natural. Kepada komentator tetap blog ini saya suka mendengar pandangan anda. Kepada anda yang mahu komen saya sangat suka mendengar pandangan dari anda dan selalulah berkunjung dan memberikan komen. Jadilah komentator tetap blog ini.

8 comments:

Wiween @ Awin said...

potret warga emas ni sgt cantik idham!! sy suke !;)

mangosteenskin said...

idham...kalau ada 5 bintang di tangan saya, semuanya saya kasi idham! haha! yg ini cantik! kalau lukisan begini berapa idham cas?

blogmenjerit said...

ini paling cantik, huhu... memang xnk komen pape, nk puji je...

PanAdoL7e said...

wow!... luv this potret. Sangat cun!

BiSkUtZ LeMaU said...

cayalah incek idham..
mmg cun btul potret ni..
potret yg ni btul2 mmbuatkn sy teruja.. (^__^)

Rendah diri said...

bila sudah tua gigi gugur, mata jadi kabur, pipi pun kendur, uban berterabur, yang menunggu lubang kubur...sekian seloka dari saya.
Idham, lukisan warga emas tu nampak real la. saya berharap ada kelebihan mcm idham.

Anonymous said...

lukisan nie nampak kaku..kedutan xberapa menjadi dan nampak cm keras..ligthing terlampau bersinar sngat..sory jujur dari hati..

prof.ir said...

wow!!....
mmg cntik...
idham pndai brpe byk medium tuk melukis??
nnt leh ar ajar..hehehehe..