28 May 2008

Potrait anak En Saiful (kakak)

En saiful dari Kulai johor meminta saya melalukiskan potrait hitam putih. Ini gambar kakak dan satu lagi gambar adik. Saya amat menggemari gambar ini kerana cara posing yang bersahaja dan kedudukan yang benar-benar sesuai untuk dijadikan potrait. Menurut En Saiful, latar belakang pemandangan tersebut adalah Pulai Jerjak, Penang.

Saya amat berpuashati dengan hasil potrait ini dan terasa sayu hati saya sedikit ketika packing untuk hantar kepada En. Saiful. Hampir kebanyakkan potrait yang saya hasilkan adalah bukan milik saya. Saya pernah juga bertanya kepada pelukis potrait yang lain tentang hal ini. Mereka juga adakala berasa perasaan yang sama kerana sukar memberi hasil lukisan mereka kepada orang lain.

Antara yang menarik pada potrait ini adalah bahagian rambut yang menjadi 'focal point' kepada timbulnya keceriaan potrait tersebut. saya melakar rambut dengan penuh berhati hati dan menggunakan mata pensel yang sentiasa tajam dan tidak melanggar apa-apa lighting effect pada foto.

Perkara yang menjadi keutamaan pada pelanggan saya adalah 1. 'real' atau 'hidup', 2. sama seperti foto, 3. ketelitian atau kekemasan. 4. artistik. Sebenarnya yg paling mudah bagi pelukis adalah dari bilangan paling bawah hinggaa keatas (4,3,2,1). Perkara ini sebenarnya amat saya ambil berat dan sentiasa memperbaiki mutu lukisan saya.

Sila berikan komen. terima Kasih

6 comments:

Mak Su said...

comel gambarnya, seperti si ciliknya

nieja said...

chomey sngat

mie said...

nice work dude..:)

mynameisika said...

the drawing looks real lah.. woo hoo *interested*

my_life said...

saya suka gambar nihy....:) nice

siti aja said...

alalalaaa..cutenyer...