07 May 2008

Pelukis Jalanan dari Sudut Pandangan Idham


"masa yang paling mengecewakan bagi seorang pelukis ialah pada saat lukisannya selesai, kerana pada saat tersebut ia harus menerima kenyataan, bahwa hasil karyanya itu hanya sekadar benda mati dan tidak seindah seperti yang ia harapkan."

"Setiap lukisan yang dihasilkan memerluan paduan bakat, minat dan dilahirkan dari perasaan". Pelukis itu bukan gila kerana berambut panjang berpakaian simple malah kadangkala buruk tetapi mereka ini mahu tunjukkan itulah pelukis. Kami tak angkuh.. kami tahu bagaimana mahu perpakaian ke majlis makan malam. kami juga tahu cara menutup aurat dan berjalan ke masjid.

Bukan murahnya lukisan jadi ukuran tapi alangkah gembiranya kami pelukis potrait jika tahu bahawa pelangan yang menerima potrait tersebut berkata dalam hati "saya berpuas hati". Maknanya saya hanya berpuas hati apabila pelangan berkata puas hati di dalam hati!.

Malaysia ini masih kurang kesedaran tentang tingginya nilai sebuah lukisan. Harga di Malaysia adalah rendah sahaja. Saya rasa kalau saya jual potrait saya dengan harga ini di UK US Jepon dsb, pasti mereka marah kerana mengajar masyarakat untuk tidak pandai menilai seni.

No comments: