09 May 2008

Mohd Hazeem (Angah)

Inilah dia hasil yang saya dapat paparkan dan berasa amat berpuashati dengan apa yang dapat saya sampaikan menerusi potrait ini. Memang penat gak untuk menghasilkan lukisan berkaler ini, maklumlah perlu banyak bertukar warna dan perlu pemerhatian khusus tentang variasi warna yang akan dipilih. Lukisan ini menggunakan kaler pensel. Ia amat berbeza dengan pensel biasa, kerana kaler pensel tidak boleh blend seperti pensel graphic lain. Satu lagi masalah pensel kaler adalah, ia tidak boleh dipadam jika melakukan kesilapan. Umpama 'dosa yang tadak boleh diampunkan'!. Lukisan pensel mempunyai sentuhan gaya berlainan dan unik sedikit kerana ia kelihatan bergaris dan mempunyai sentuhan artistik tersendiri. Kelihatan seperti diconteng tetapi tahap kesukarannya dapat dirasakan sendiri oleh pelukis. Jika ingi mencuba, dapatkan pensel kaler 42 batang atau sekurang-kurangnya 36. Ia juga boleh dibeli sebatang-sebatang di kedai alat tulis. Selamat mencuba.

6 comments:

mangosteenskin said...

saya suka bahagian tangan itu. nampak hidup. bahagian hidung tu ada tersilap sikitkah?

menggunakan pensil warna makan banyak masa kan. memang menguji kesabaran. hehe.syabas! idham memang berbakat!

BasH said...

Wuhuhuh lepas cantik n kemas..pakai kaler pensel lebih senang kan dr pakai cat air..capek..

Idham said...

memang la pakai kaler pensel perlu berhati-hati kerana ia amat sukar. Sekarangsaya masih belajar lagi melalui pemerhati strock oleh pakar-pakar potrait

Wiween @ Awin said...

hehe kite langsung x tau lukis guna pencil kaler.kite melukis pun guna pencil aje.tu pun pencil 2b sebatang ajelah.huhuhu byk nak kena balaja dr idham ni.;)

Rendah diri said...

menarik ni saudara idham. nanti post lagi gmbar2 lukisan yang lain. dah tak sabar nak tengok gambar potrait baru.

Mak Su said...

cantik, maksu cuma pandai lukis org lidi, heheehehe, kalau ada masa sila ler lawat gaks kat "Jamilah" ya.