05 May 2008

Lebih Baik Saya Tukar Email Baru

Saya sudah tukar alamat email yang baru. Sebelum ini saya menggunakan Yahoo.com. Oleh kerana ada beberapa faktor yang kurang menyenangkan maka saya menggambil langkah yang saya rasakan perlu dan berbaloi. Email dahulu chip_arm@yahoo[dot]com dan kini, idhampotrait@gmail[dot]com.Suka saya berkongsi info dengan kekawan kenapa saya bertukar kepada gmail.com., dan mungkin anda boleh juga ambil iktibar dari pengalaman saya ini.

1. saya mempunyai 3 email jadi saya perlu menggunakan suatu perisian mail manager yang sesuai untuk memudahkan saya mengatur, menyemak dan selaraskan semua email saya dalam satu masa. Jadi saya telah download perisian Thunderbird (percuma). dan saya mendapati ia amat mudah digunakan (klik sini untuk download). Oleh kerana yahoo mail perlu membayar untuk setting POP, maka saya guna Gmail kerana ia adalah percuma. Maka saya boleh menggunakan thunderbird dengan Gmail , Yahoo tidak. sebab itu lah saya tukar kepada Gmail.

2. Perkara lain kenapa saya tukar kepada Gmail adalah kerana mail saya di yahoo terlalu banyak spam!. Setiap hari saya menerima lebih daripada 30 spam mail. Jadi langkah awal perlu dilakukan kerana apabila mereka sudah detect alamat email anda ia memang susah untuk menghalang mereka menghantar email spam. Blogmenjerit ada cadangkan perisian untuk kurangkan spammer. klik sini. langkah lain yang saya gunakan adalah dengan menulis perkataan [dot] contoh: idhampotrait@gmail[dot]com supaya crawler tak akan dapat detect email kita untuk disenaraikan ke dalam database mereka. Ramai guna cara ini. Tapi mereka mungkin masih boleh dapat mail kita melalui link adress.

3. Gmail daripada google.com dan saya menggunakan google tool, Searh Engine google maka perlu diselaraskan supaya tak penin kepala. selain itu mail untuk Gmail dapat menampung lebih 2500 megabytes percuma. walaupun Yahoo memberi perkhidmatan unlimited file, tapi saya rasa jumlah 2500 megabytes adalah terlalu besar untuk digambarkan.

sekian sahaja. Kalau nak email saya maka email ke box baru saya idhampotrait@gmail[dot]com..hehe

4 comments:

mangosteenskin said...

ya idham...saya sangat benci dengan spam2 yg semakin byk dlm email. thanks for d info.

Idham said...

ye la..spam ni kekadang meyebabkan kita malas nak cheak mailbox.. yg geram tu ada pulak iklan yang sama aje datang hari-hari.

mangosteenskin said...

saya paling benci spam yg nak bagi duit tu...kita menang loteri lah....cesss....

Idham said...

saya pon slalu dapat mail loteri!! haram ooo