Download Ebook  Percuma  [format .pdf] Saiz
11 Kriteria Laman Web Yang Baik 160 KB
7 Rahsia Bisnes Gaya Pos 122 KB
Bina Blog Dalam 3 Minit 1284 KB
Kelebihan Perniagaan Internet 230 KB
Mitos Perniagaan Internet 64 KB
Panduan Membeli Secara Online 1112 KB
Panduan Membuat Ebook 924 KB
Panduan Pay Pal 1024 KB
Panduan Memulakan Perniagaan 268 KB
* Ini adalah ilmu percuma untuk kita kongsi bersama. Kalau mana yang berkenan sedut sahaja. Terima kasih

Thursday, May 22, 2008

En Azrul Jitra Kedah


Ini adalah potrait Azrul orang utara sana nun... Jitra Kedah. hensom tak? kalau nak ngorat atau berkenalan ngan dia bleh lawat blog en azrul : http://www.azruldemirtas.blogspot.com/.

Pada pengalaman saya, ini adalah perletakkan dan posing yang sesuai dijadikan potrait. Saya amat mengemari foto ini ini kerana mempunyai variasi hitam dan gelap yang menyerlahkan gambar tersebut. Lighting yang cukup sesuai. Mungkin gambar ini diambil dari studio. Saya amat mengemari kedut pada pakaian, jika gambar tersebut banyak kedutan saya amat mengemarinya kerana kedutan itu akan memberikan 'mesej' kepada realistik potrait itu.

Tahap kesukaran adalah sederhana. Latar belakang saya guna warna merah tetapi saya sedikit kurang berpuashati kerana merah tersebut telah 'tenggelamkan' sedikit potrait ini. saya rasa biru pekat lebih sesuai. walaubagaimanpun merah mempunyai makna tersendiri mengikut penilaian individu. Pada wajah, saya cukup berhati-hati kerana pensel kaler tidakmudah padam, jadi mukanya mempunyai kawasan terang yang lebih dan kawasan bayang yang gelap jadi ia sedikit sukar dan perlu ketelitian.

Jika anda ada sebarang pandangan dan komen sila tinggalkan pada ruangan komen. Saya suka mendengar sebarang komen yg membina.

6 comments:

azruldemirtas said...

Salam saya ucapkan terima kasih diatas kerana sudi melukis potret saya...namun saya cukup menggemari potret yang tidak bewarna yang anda lakarkan tetapi tiada komentar dari anda tentang potret itu...mata saya seperti ada sesuatu yg tersirat didalam lukisan anda...Namun lukisan bewarna ini menampakkan pipi saya sedikit montel ...namun saya tetap mengatakan ianya masih lagi diri saya...kombinasi warna dalam gambar memang didalam studio ..menggunakan teknik lighting yang berbeza...namun syabas buat anda ...

mangosteenskin said...

di mata saya background merah itu tidak menenggelamkan potret. malah memberi kesan refreshing sebab kontras dgn warna baju. well done.

alaf21fc said...

Salam hormat, bagaimana dengan wajah yang berkedut ?

Abang Long said...

Namak real ... fantastik !

Abang Long said...

Nampak real ... fantastik !

Idham said...

terima kasih baeri komen yang membina..

to azrul: sebenarnya potrait dr pensel warna dan pensel graphic mempunyai nilai artistik yang tersendiri terpulang bagi seseorang individu utk menilainya. berkenaan pipi yang kelihatan montel itu kadangkala potrait ini tidak dapat untuk menjadikan ia 'hidup', pelbagai percubaan telah dilakukan dan suatu masa nanti saya mahu lukisan saya akan 'hidup' dan 'bangun'.

to mangoesteenskin: terlebih dahulu, terimakasih diucapkan krn anda adalah antara org yg terawal beri komen dan yang bernas dan sentiasa mengikuti perkembangan potrait saya. Anda mungkin dapat nilaikan perkembangan kualiti potrait saya dan saya rasa itulah besarnya dan berharganya komen-komen dari pengunjung yg dapat mengarahkankan saya melakukan perubahan dan 'error erase' utk saya.

to alaf21fc: berkenan wajah yang berkedet anda boleh rujuk potrait saya yang terdahulu bertajuk Warga Emas. wajah kekedut perlu lakukan kajian tentang lighting dan blending skill. jika nak tanya lebih lanjut email saya: idhampotrait.gmail.com

to abang long: terima kasih atas pujian tu.. selalulah berkunjung dan selau beri komen saya suka mendengarnya.