24 May 2008

En Azrul Black N White

Ini adalah potrait kedua tempahan En Azrul dari Jitra Kedah. Potrait berukuran A4 menggunakan pensel. Foto beginilah yang sesuai untuk potrait bersaiz kecil dan sederhana.

Untuk makluman anda bahagian wajah adalah mengambil masa yang paling lama berbanding bahagian lain. Bahagian kedut baju dan bahagian rambut tidak ambil masa yang lama kerana penelitian yang sederhana sudah memadai kerana ia tidak langsung menjelaskan apa-apa jika diukur dari sudut kesamaan antara foto dan lukisan. Nampak mudah tetapi ambil sedikit masa juga tetapi mudah menentukan peletakkan (fix) dalam kertas dan lighting effect kerana foto ini sudah memberikan semua itu. cuma tiru sahaja.

Cuba lihat pada pipi kanan terdapat sedikit tompok garisan. Sebenarnya tanpa saya sedar, semasa sy scan potrait ini, saya tersentuh lukisan tersebut dan berlaku perkara sedemikian. walaubagaimanapun saya sudah membaiki potrait itu semula. Ini beri pengajaran bahawa apa sahaja kerja yang kita lakukan perlu berhati-hati dari awal hingga akhir.

Cuba perhatikan garisan pada kawasan gelap dan kawasan terang (pipi umpamanya). kelihatan kawasan gelap bergaris-garis, ini kerana penggunaan pensel gred tinggi (5B atau 4B) akan memberikan kesan sedemikian) saya tiada pilihan lain dan sedang cuba membuat penelitian dan membuat kajian sedikit untuk perbaikinya. Saya lihat ini adalah masalah biasa yg perlu dihadapai oleh pelukis profesional. Ini bukan masalah besar jika menggunakan saiz lukisan yag besar. Saya hanya guna A4, masalah sikit dan perlu lebih teliti.

Cuba anda sedikit ruang masa untuk teliti potrait ini dan saya mahukan feed back. Jika anda perlu mengkritik silakan kerana saya suka dan bersedia mendengarnya. Setiap komen sebenarnya telah baiki kualiti potrait saya dan ini dapat disedari oleh rakan blogger yang selalu berkunjung kesini.

2 comments:

azruldemirtas said...

Salam...saya cukup berpuas hati dengan potret ini..cuma persoalan saya terjawab dengan kenapa dibahagian pipi terdapat garis hitam...itu tidak menjadi masalh buat saya ..en idham mgkin tercuai sedikit shj..namun masih nampak menarik...bila melihat potret ini saya kagum dengan lukisan en idham dibahagian anak mata saya yang dilakarkan nampak seperti 'hidup' disitu..boleh cik idham terangkan bagaimana en idham lakarkan sehingga nampak sebegitu..Terima kasih.

Idham said...

en azrul dh dapat lukisan potrait tersebut. saya nasihatkan jangan sentuh bahagian lukisan tersebut dan saya dah letakkannya dalam plastik lutsinar dan jgn pisahkan lukisan dgn plastik tersebut sehingga letak frame. Mengenai mata tersebut, memang menjadi keutamaan sy memberi lebih perhatian dan berhati-hati untuk melakar kawasan masa. malah ia adalah subjek pertama yg sayu tumpukan berbanding subjek lain. kalau mata itu benar-benar hidup saya lagi suka. matlamat saya mahu lukisan saya akan 'bangun' kerana 'hidup'.