16 May 2008

Cikgu Wiween

Inilah potrait Cikgu Wiween dari Port Dickson. Menurutnya, beliau mengajar subjek matematik dan sains. Klik sini utk lihat blog cikgu Wiween.

Tahap kesukaran yang saya alamai adalah untuk memikirkan bagaimana saya melukis wajahnya yang kemerahan. Disitu saya perlu berhati-hati supaya tak berapa lain dari muka asal. Kemudian masalah juga pada tudungnya yang ada bintik-bintik putih yang halus. Saya terpaksa tinggalkan bintik-bintik yang halus dibawah tudung tersebut kerana jika saya teruskan juga bermakna saya mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkannya. mungkin sehari baru siap.

Ada orang bertanya berapa lama masa menyiapkan sebuat lukisan. Sebenarnya inilah cabaran yang saya hadapi kerana saya tidak akan dapat menentukan tempoh masa bagi sebuah lukisan. Bagi lukisan yang mempunyai sudut sukar, terlalu banyak rambut, terlalu banyak elemen, terlalu banyak corak di pakaian dan terlalu ramai, tentulah menggambil masa yang amat lama. Jadi masa itu ditentukan mengikut tahap kesukaran bagi sesebuat potrait.

Jadi saya rasa masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki. Mungkin ada yang saya tidak nampak atau terlepas pandang. Mungkin anda nampak dan sila perbetulkan saya. Sila komen potrait ini. Setiap komen sebenarnya amat membantu saya bagi menilai dan memperbaiki mutu lukisan saya. Saya amat mengharapkan kritikan anda. Terima Kasih.

11 comments:

Wiween @ Awin said...

mekacih for the potrait idham.;)

mangosteenskin said...

good job!

BiSkUtZ LeMaU said...

wah.. cayalah incek idham..
leh arr berguru ngan incek idham pasni yer.. hehehe.. (^__^)

Idham said...

wiween; sy yang patut terima kasih sebab percaya dan jadi customer sy..

mangosteen: thanks! suka bila awak slalu datang beri komen.

biskutz: saya tak ler handal sangat nak buat kelas tuisyen..saya blajar pon sendiri jer..tak pernah formal.

War IRC2 Coding Team said...

Saya komen skit laa bro jangan marah..

Colouring - Perfect
Eyed - Perfect
Nose - Ada masalah pembayang skit. Menjadikan hidung tuh tak simetri.

Tapi aku memang kagum dengan usaha anda. Serius aku kate aku fail potret. Aku cuma kartunis sambilan je.

Tahniah Bro. Hasil usaha ikhlas.
Kreuger®

Along Arman said...

wah.. sEbijik cam gambar asal..
tErigin gak mElukis..
tapi takdE bakat huhu..

Rendah diri said...

hm..tak tau la mana silap. hidung dia kot? yang lain ok..

ida.. said...

huhu.. sebijik la sama muka cikgu wiwen ni.. cayala idham...

Idham said...

terima kasih kepada komentator sekalian, saya suka kepada komen dan pandangan anda untuk potrait ini. Cikgu wiween nie susah nak lukis pasal kulitnya merah. walaubagaimanapun ada yang puji kerana hampir sama. Saya berpendapat tak akan dapat sebijik 100%. Bahagian idung tu tak cukup gelap pada kawasan bayang..mungkin itu yang perlu saya beri ketelitian pada masa akan datang..kalau ada nampak kelemahan, jgn segan bagi komen.

TokNabe said...

Memang satu lukisan yang amat baik bagi saya. Mungkin kalau guna teknik pensel mungkin lebih senang dan sempurna sikit.

Satu usaha yang bagus untuk mengisi masa lapang.

Anonymous said...

askum..ermm..mulut dan hidung xberapamenjadi..strok yng digunakan agk kasar so gmbo nampak cm pelik ckit dr gmbo asl..kalau diditilkan lg myb ok la..berusaha..chaiyok2..^_^;;