08 May 2008

Cara melukis Wajah Manusia

Di sini saya ingin memberikan secara asas untuk melukis wajah manusia secara anatomikal. Pelukis profesional tidak memerlukan panduan garisan untuk melukis, tetapi bagi pelukis yang baru hendak belajar , mereka sangat memerlukan panduan untuk melukis wajah manusia secara anatomikal.
Langkah pertama yang perlu diakukan adalah dengan letakkan guideline. Lukiskan dua bulatan besar dan bulatan kecil dibawah. Kemudian gariskan tiga garisan melintang secara selari. Garisan atas adalah untuk paras rambut. Garisan tengah untuk paras bulu kening dan garis bawah adalah garisan paras bawah hidung. Lukiskan garisan dibawah dahulu kemudian garisan ditengah bulatan besar. kemudian di atas kekali secara selari. Tidak perlu menggunakan pembaris. Biasakan diri anda untuk tidak gunakan pembaris kerana kita melukis wajah manusia bukan lukis wajah seekor robot. Berapa besar bulatan tersebut. Ini adalah yang perlu anda perhatikan. Belajar dari pemerhatiaan. Untuk wajah orang dewasa dan wajah kanak-kanak adalah berlainan. Kanak-kanak mempunyai bulatan yang lebih besar (bulatan diatas). Paras mata kanak-kanak adalah sedikit kebawah berbanding dewasa.
Langkah seterusnya adalah melukis bahagian hidung dan mata. lukis hidung diatas garisan. Kemudian larikkan bulu kening kemudian lukiskan bahagian mata. Bahagian mata ini adalah sangat penting. Bahagikan tengah tersebut kepada 5 section. Tidak perlu mengukur, cukup sekadar mengagak sahaja kerana wajah manusia berbeza-beza. section yang kedua dan keempat itu dilukis mata. Nanti saya akan beri penerangan lanjut bagaimana untuk melukis mata.

langkah terakhir adalah melakar secara penuh rupabentuk wajah manusia tersebut. Cuba perhatikan bahagian telinga manusia tersebut. jarak telingga adalah sama dengan paras garisan kedua dan ketiga. telinga juga sama paras dengan dengan atas kening. Perlu diingat sepanjang pengalaman saya, paras kening adakala lebih terangkat sedikit daripada paras atas telinga.



Selamat mencuba..

7 comments:

hUmmY said...

aiyoo~

bagus nye!

dala mmg fail nak lukes2 gambo org ni!

org lidi tere la!

:P

Fara Ada said...

npe ek time nk lukis muka terus failed! jadik muka org lain...kasik petua sikit...mulut mata...edung susah betul...sll kalau lukis org pun..tinggalkan part muka kosong..sbb xpenah nya jadik..wuwuwu

farah mokhtar said...

mcm mana nk lukis mata??? dgn hidung dgn rmbut dgn mulut hehex..byk btol soalan..???

Zeeqa ~ Ajie said...

selalunya melukis ikut suka tangan sendiri je..kat sini asa guide, best lah! :)

maisarah said...
This comment has been removed by the author.
maisarah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Drawing is about passion..yg penting belajar dan practis..kata org, melukis merupakan bakat...tp tuk menghasilkan lukisan yg terbaek...mesti ✗ ptus asa dan terus asah skill...hehe