08 April 2008

Tutorial

Penggunaan Pensel
penggunaan pensel perlu diberi perhatian terutama point yang digunakan. Sebelum itu anda perlu memahami sifat pensel tersebut dari segi hierarki point pensel tersebut. Point yang digunakan adalah sebanyak 19 point iaitu, 8B, 7B, 6B, 5B, 4B, 3B, 2B, B, HB, F, H, 2H, 3H, 4H, 5H, 6H, 7H, 8H, 9H. Untuk menjadi seorang pelukis tidak perlu untuk memiliki kesemua point mata pensel tersebut yang penting adalah penggunaan yang mahu sahaja.
point B hingga keatas mempinyai sifat lembut lagi tinggi maka tinggilah kelembutan mata pensel tersebut. Ia sesuai untuk melakarkan untuk kawasan yang memerlukan kegelapan yang tinggi.Terdapat kelemahan, iaitu kawasan yang menggunakan point ini agak kotor dan apabila di-blend ia kurang smooth. (serata) .perlu berhati-hati dan teliti apabila melarik pada kertas.

Point H dan keatas mempunyai sifat keras. Point H adalah kegemaran saya. Apabila melarik dengan menggunakan point H ia mudah di-blend dan kelihatan serata. (tidak nampak bergaris-garis). terdapat kelemahan, ia tidak boelh digunakan untuk mendapatkan kawasan yang gelap. Jika ditekan akan merosakkan kertas atau kertas akan berlurah. Jangan menggunakan point H untuk lakaran awal pada kertas kerana ia akan meninggalkan lurah. Penggunaan adalah dengan lembut jangan tekan.

TUTORIAL LAIN:

Tutorial: Teknik Meletakkan Gred Pada Lukisan


Cara melukis Wajah Manusia

3 comments:

~~@lyci@~~ said...

wah, baguslah..
siap ada tutorial lagi..
bagus2.. keep it up :)

blogmenjerit said...

aku juga suka mlukis tapi menggunakan pen. pensil? susah woo... dah la xda kelas lukisan. sikit2 rujuk buku je, tu pun curi kat pustaka. yg besh lukis pemandangan, lau tipu pun org xpasan. lau lukis muka, haha memang hancur la aku lukis.

bagus la lau ada tutor camni

prof.ir said...

ade tips2 lain x..

ape yg perlu buat tuk melukis potret..??
konpius ar..

bhgian mne perlu dimulakan??