24 April 2008

Tutorial: Teknik Meletakkan Gred Pada Lukisan

Teknik Pengredan ini adalah bertujuan supaya gambar kita cuba adaptasikan tidak lari dari skala yang sebenar. Bagaimana kita ingin lukis jika gambar foto adalah jauh lebih kecil daripada saiz sebuah lukisan. Maka teknik ini akan memudahkan kita untuk mendapatkan saiz yang betul dan rupabentuk tidak lari dari gambar asal. Kita hanya perlu membesarkan skala sahaja. ia juga biasanya diadaptasi untuk lukisan mural dan juga melukis banner yang besar.

Langkah awal yang kita perlu lakukan adalah meletakkan garisan selari secara melintang dan menegak pada gambar. Pastikan garisan tersebut adalah lurus dan selari dan mengikut jarak yang sama.







Langkah Yang seterusnya adalah dengan membuat garisan yang sama pada kertas lukisan. Garisan yang dibuat haruslah lebih besar daripada garisan pada gambar. cuma diperbesarkan sahaja skala pada lukisan tersebut. Jika gambar mempunyai 8 petak maka dapatkan kiraan untuk meletakkan garisan sebanyak 8 petak juga. harus diingatkan , jika menggunakan pensel gred H untuk membuat garisan., jangan tekan pensel sebalikkan hanya melarik dengan perlahan sahaja kerana larikkan yang kuat akan menyebabkan kertas lukisan akan berlurah. Jika menggunakan pensel bergred 2B dan ke atas, risiko untuk memadam jika garisan terlalu terang. Kemahiran memilih gred pensel adalah penting mengikut keselesaan.


Maka langkah terakhir menjadi mudah dan anda hanya perlu melukis sahaja outline daripada gambar tersebut. Anda hanya perlu lukis garisan luaran sahaja dan selepas itu anda bolehlah menghilangkan garisan pada gambar foto tersebut bagi memudahkan pandangan. Teknik yang saya guna adalah dengan menggunakan tracing paper untuk tidak merosakkan gambar. Selepas siap outline daripada gambar, cuba padamkan garisan yang tidak perlu kerana jika garisan tersebut masih ada, ia akan menjejaskan kualiti lukisan. Harus saya ingatkan jangan sekali-kali melarik menggunakan gred mata keras seperti gred H kerana akan menyebabkan kertas berlurah. semoga ia dapat membantu membaiki mutu lukisan anda.

6 comments:

akula ni said...

TAHNIAH,blog anda lain dari yaNG lain,teruskan usaha anda,oppsss kalu nak bagi hilang rase mengantuk atau keletihan boleh la lawati blog saya ini untuk mengetahui ape yg boleh bg kite lebih bertenaga
http://mentalkcandy4u.blogspot.com/

blogmenjerit said...

woha, ada tutor plak. kalah la blogmenjerit lepas ni, kuikui. apa2pun tahniah...

bagi katunis plak dia guna skil lain plak tapi motif sama la mcm ni kot. beli sbuah meja transparent (buat sendiri pun leh) lpas tu bubuh lampu kt bawah meja tu. masa lukis kertas lukisan akan jadi cerah. dan utk tambahan, dia akan letakkan kertas yg grid tu kt bwah kertas lukisan n xperlu lah utk gariskan garisan grid stiap kali mlukis kan?

da lama blogmenjerit xpegang pensil sejak kenal ngan blogger ni, kuikui...

mangosteenskin said...

hm...tutorial kali ni sgt berguna pada saya. selama hari ni sy selalu kagum dgn penggunaan ruang dan jarak dlm potret idham. teruskan usaha!

Pengasas: said...

As-Salamu 'Alaikum!
Kadang2 saya rasa macam gila memikirkan kehebatan dan kebolehan pelukis. SUBHANALLAH!!!
Syukurlah dan manfaatkanlah secara yang baik.
Salam.

War IRC2 Coding Team said...

Salam to Idham
Timer Kasih atas sumbangan anda dalam industri IT.

Dengan ini secara rasminya anda di tag di:-

PC Desktop Desk Show Off


Adios~
Kreuger®

silversarina said...

salam,

memang Idham berbakat besar ... nanti akak nak tempah jugak, tunggu lapang sikit nanti akak contact.

selamat maju jaya !!