30 April 2008

Potrait Wan Hazila

Ini Potrait Wan Hazila Wan Hassim dari Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Gambar bersama suaminya (kalau tak silap). Apa yang saya suka mengenai lukisan ini adalah, kedudukan mereka sesuai dan kelihatan terletak untuk dijadikan lukisan potrait. Lukisan separuh badan ini dalam kedudukan melintang kerana apabila saya sesuaikan dalam kedudukan menegak, sukar untuk mendapat paparan tubuh sepenuhnya. Sebenarnya saya suka pada kedudukan menegak dan memang lukisan potrait sesuai dalam kedudukan menegak dan jika lukisan landskap, ia amat sesuai dalam kedudukan kertas yang melintang.

Semasa saya melukis potrait ini, ada yang bertanya berapakah harga lukisan ini, saya menyatakan ia hanya RM20. Beliau terkejut dan menyatakan ia tidak sesuai diletakkan dengan harga RM20 sahaja. Pada pendirian saya, kepuasan apa yang saya hasilkan adalah lebih penting dan yang kedua, keutamaan pelanggan dan ketiga barulah difikirkan mengenai habuan sendiri.

2 comments:

mangosteenskin said...

betul, rm20 mmg murah, dah tu termasuk kos penghantaran lagik. tp dgn mengambil tempahan, boleh berlatih dan berlatih lagi skil tu kan, tambah seronok apabila orang gembira. terasa berbaloi.

jadi blogger2 semua, apalagi tempahlah sekarang!

Anonymous said...

Mohon removed gambar ni. Tqvm