16 April 2008

Panduan Memilih Gambar

Ini cuma cadangan sahaja supaya hasil yang anda dapat nanti, akan memuaskan hati. Saya ingin memberi sedikit panduan untuk anda memilih gambar yang sesuai untuk dijadikan potrait. Memang anda akan mempunyai banyak gambar yang cantik malah banyak gambar yang mengamit notalgia masa lalu. tetapi beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila kita memilih gambar yang sesuai untuk dijadikan lukisan potrait dan digantung dinding.

1. Apabila anda memilih untuk memasukkan gambar beramai-ramai, saya nasihatkan supaya cari gambar yang fokus kepada wajah atau separuh badan. Mungkin anda berasakan perlu untuk memasukkan seramai yang mungkin bagi memastikan anda tidak rugi, tetapi apabila terlalu ramai gambar tersebut tidak detail dan kurang menarik dan kelihatan kecil dalam kertas A4. saya ada contoh terbaik untuk gambar beramai ramai..klik

2. Bagi gambar seorang pula, gambar terbaik adalah separuh badan. tetapi terpulang kepada anda jika mahu seluruh badan, cuma ia akan kelihatan kecil.

3. Jika anda berasa susah untuk memilih gambar sila hantarkan gambar sebanyak mana yang sesuai kepada saya dan saya kan memilih yang mana sesuai.

3 comments:

Liyana said...

wow... pelukis rupanya.. haha..

i used to skecth before.. but more to ghastly creepie eerie skecthes...

lawa...

BuN said...

idham.. thanks sebab sudi singgah blog saya.. anyway.. mcm mana tau kewujudan blog saya? hehe.. and sebenarnya 'konem' tu nama cousin saya la.. hiihihih

eRmAbuTAng said...

its really a gud artwork...
u use pencil only ker guna charcoal gak??