03 April 2008

FAQ

Berapa harga untuk lukisan potrait ni?
lukisan ini saya jual dalam saiz A4 dengan harga RM20 sahaja termasuk kos penghantaran.
Tetapi untuk lukisan berwarna RM30.

Boleh tak ditempah dengan saiz A3?
buat masa ni saya tidak buat dalam saiz A3 kerana kertas yang saya ada tidak sesuai. Akan datang mungkin saya akan usahakan.

Kalu saya nak tempah 2 orang dalam satu lukisan boleh tak? Berapa bayarannya?
Boleh tidak ada masalah. Kira sama juga harganya..kira halal. Berapa ramai pun boleh. Tetapi kalau beramai saya cadangkan sediakan foto separuh badan atau fokus kepada wajah kerana lukisan beramai-ramai akan menyebabkan hasil yang terlalu kecil dalam kertas A4.

Berapa lama tempahan lukisan tersebut boleh siap?
Ia bergantung kepada jumlah tempahan yang saya terima. Saya tidak boleh berjanji kerana ia dibuat oleh tenaga manusia. Bagaimanapun saya sentiasa komited dengan kerja saya. Untuk makluman saya tidak akan menerima sebarang tempahan jika didapati banyak lukisan tertangguh. Saya anggarkan paling lama 2 minggu dan paling cepat 3 hari.

Macam mana saya boleh terima potrait tersebut?
Selepas lukisan tersebut siap, saya akan pos lukisan tersebut dengan menggunakan perkhidmatan pos ekspres. Anda tidak perlu bayar kos pos tersebut kerana bayaran lukisan tersebut sudah dikira termasuk kos penghantaran.

Macam mana nak bayar?
setakat ini saya hanya ada akaun Maybank sahaja. kalau dengan cara lain anda boleh menggunakan money order kepada saya.
akaun maybank saya: 158220606698 nama penerima: IDHAM EFFENDI B ABD WAHAB

No comments: