30 April 2008

Potrait Wan Hazila

Ini Potrait Wan Hazila Wan Hassim dari Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Gambar bersama suaminya (kalau tak silap). Apa yang saya suka mengenai lukisan ini adalah, kedudukan mereka sesuai dan kelihatan terletak untuk dijadikan lukisan potrait. Lukisan separuh badan ini dalam kedudukan melintang kerana apabila saya sesuaikan dalam kedudukan menegak, sukar untuk mendapat paparan tubuh sepenuhnya. Sebenarnya saya suka pada kedudukan menegak dan memang lukisan potrait sesuai dalam kedudukan menegak dan jika lukisan landskap, ia amat sesuai dalam kedudukan kertas yang melintang.

Semasa saya melukis potrait ini, ada yang bertanya berapakah harga lukisan ini, saya menyatakan ia hanya RM20. Beliau terkejut dan menyatakan ia tidak sesuai diletakkan dengan harga RM20 sahaja. Pada pendirian saya, kepuasan apa yang saya hasilkan adalah lebih penting dan yang kedua, keutamaan pelanggan dan ketiga barulah difikirkan mengenai habuan sendiri.

29 April 2008

Letakkan Image Pada Blog Anda

Di sini saya juga suka untuk mengajar rakan-rakan blogger untuk membuat avatar atau image statik pada blog. Ia adalah seperti contoh pada blog saya di bahagian bawah. Anda boleh menempatkan di kiri atau kanan, di bawah atau atas. Caranya sangat mudah, copy kod yang saya beri dan tukar alamat lokasi image anda dan pastekan pada blog HTML anda dan save. Mudah!!!

Cara-Cara
1. Pada halaman {Template}, sila pilih {Edit Html}. Jangan lupa tanda pada kotak (Expand Widget Template}.
2. Cari kod di bawah ini:
< /head >
Letakkan kod ini diatasnya

Atas Kiri

<script language="JavaScript" src="http://idhamxpression.googlepages.com/ataskiri.js" type="text/javascript"> </script> <script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("http://idhamxpression.googlepages.com/alatmelukis.png") </script>


Atas Kanan
<script language="JavaScript" src="http://idhamxpression.googlepages.com/ataskanan.js" type="text/javascript"> </script> <script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("http://idhamxpression.googlepages.com/alatmelukis.png") </script>


Bawah Kiri
<script language="JavaScript" src="http://idhamxpression.googlepages.com/bawahkiri.js" type="text/javascript"> </script> <script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("http://idhamxpression.googlepages.com/alatmelukis.png") </script>


Bawah Kanan
<script language="JavaScript" src="http://idhamxpression.googlepages.com/bawahkanan.js" type="text/javascript"> </script> <script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("http://idhamxpression.googlepages.com/alatmelukis.png") </script>

tukarkan "http://idhamxpression.googlepages.com/alatmelukis.png" dengan alamat lokasi avatar/image anda.

28 April 2008

Idham Cuba Lukis Karikatur

Sebenarnya saya suka sangat mencuba. Apa yang orang buat memang saya nak cuba buat. Dah memang perangai dari kecik lagi macam tu. Saya langsung tak biasa lukis karikatur. Tetapi bila lihat karikatur di laman web, teringin pulak nak lukis. memang saya gatal tangan. Kekadang tu sambil makan pun saya pegang pensel dan kertas, sambil makan sambil menyonteng.

Karikatur sebenarnya adalah penonjolan watak seseorang, jika hidungnya lain atau besar maka diperbesarkan hidungnya, kalau telingga macam piring astro maka ditonjolkan pada telingganya. tetapi saya tak berapa reti untuk tonjolkan wataknya kerana kalau saya lukis akan jadi orang lain jadi saya tak berapa tonjolkan watak pada fizikal wajah dia ..biasa aje.

Bila siap saya tenggok kelakar la pulok!. saya buat dalam black and white kerana tak mahir untuk letakkan color .. adobe photoshop saya belum mahir sepenuhnya. (malas nak buat). ada orang kata perlu ada pembaikkan dan peningkatan. Memang pun kalau camni bukan karikatur yang sesuai untuk dinamakan karikatur. Lukis kakikatur tak susah sangat..conteng2 sepoloh minit aje siap satu.. Cuba teka siapakah watak karikatur tersebut.. 1. penyanyi popular 2. bekas menteri besar.. 3. pendakwah bebasr dan menteri 4. penyanyi veteran dan masih mengegar lagi!












p/s: kalau ada sesiapa pandai photoshop dan nak cuba letak kaler silakan..saya tak sabar nak lihat hasilnya.

24 April 2008

Tutorial: Teknik Meletakkan Gred Pada Lukisan

Teknik Pengredan ini adalah bertujuan supaya gambar kita cuba adaptasikan tidak lari dari skala yang sebenar. Bagaimana kita ingin lukis jika gambar foto adalah jauh lebih kecil daripada saiz sebuah lukisan. Maka teknik ini akan memudahkan kita untuk mendapatkan saiz yang betul dan rupabentuk tidak lari dari gambar asal. Kita hanya perlu membesarkan skala sahaja. ia juga biasanya diadaptasi untuk lukisan mural dan juga melukis banner yang besar.

Langkah awal yang kita perlu lakukan adalah meletakkan garisan selari secara melintang dan menegak pada gambar. Pastikan garisan tersebut adalah lurus dan selari dan mengikut jarak yang sama.







Langkah Yang seterusnya adalah dengan membuat garisan yang sama pada kertas lukisan. Garisan yang dibuat haruslah lebih besar daripada garisan pada gambar. cuma diperbesarkan sahaja skala pada lukisan tersebut. Jika gambar mempunyai 8 petak maka dapatkan kiraan untuk meletakkan garisan sebanyak 8 petak juga. harus diingatkan , jika menggunakan pensel gred H untuk membuat garisan., jangan tekan pensel sebalikkan hanya melarik dengan perlahan sahaja kerana larikkan yang kuat akan menyebabkan kertas lukisan akan berlurah. Jika menggunakan pensel bergred 2B dan ke atas, risiko untuk memadam jika garisan terlalu terang. Kemahiran memilih gred pensel adalah penting mengikut keselesaan.


Maka langkah terakhir menjadi mudah dan anda hanya perlu melukis sahaja outline daripada gambar tersebut. Anda hanya perlu lukis garisan luaran sahaja dan selepas itu anda bolehlah menghilangkan garisan pada gambar foto tersebut bagi memudahkan pandangan. Teknik yang saya guna adalah dengan menggunakan tracing paper untuk tidak merosakkan gambar. Selepas siap outline daripada gambar, cuba padamkan garisan yang tidak perlu kerana jika garisan tersebut masih ada, ia akan menjejaskan kualiti lukisan. Harus saya ingatkan jangan sekali-kali melarik menggunakan gred mata keras seperti gred H kerana akan menyebabkan kertas berlurah. semoga ia dapat membantu membaiki mutu lukisan anda.

21 April 2008

Suka Lukis Kartun

klik gambar jika kurang jelas
Kartun ni dah lama dah saya simpan (salinan). Kartun masa saya lukis masa belajar dulu... jangan ingat saya kartunis pulak! sebenarnya saya lukis kartun nie sesaja jer apabila saya lihat ada ruangan kartun kat akbar harian metro. Sekarang tak ada dah ruangan kartun di harian Metro. Sajer jer hantar kalau keluar dapat juga komisyen nyer . Tapi yang menyedihkan dah berpuluh-puluh kartun saya hantar satu pon tak pernah keluar. Saya ada juga kawan yang lukis kartun secara memain cam nih, kartun mereka keluar pulak.. Saya dah tak lukis kartun dah.. Tapi tangan saya ni ringan jer nak menyonteng..kalo buku latihan yang dah tak pakai tu habis tak tinggal satu muka surat pon..habis kena conteng..entah ler pantang jumpa kertas dan pensel!.

16 April 2008

Panduan Memilih Gambar

Ini cuma cadangan sahaja supaya hasil yang anda dapat nanti, akan memuaskan hati. Saya ingin memberi sedikit panduan untuk anda memilih gambar yang sesuai untuk dijadikan potrait. Memang anda akan mempunyai banyak gambar yang cantik malah banyak gambar yang mengamit notalgia masa lalu. tetapi beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila kita memilih gambar yang sesuai untuk dijadikan lukisan potrait dan digantung dinding.

1. Apabila anda memilih untuk memasukkan gambar beramai-ramai, saya nasihatkan supaya cari gambar yang fokus kepada wajah atau separuh badan. Mungkin anda berasakan perlu untuk memasukkan seramai yang mungkin bagi memastikan anda tidak rugi, tetapi apabila terlalu ramai gambar tersebut tidak detail dan kurang menarik dan kelihatan kecil dalam kertas A4. saya ada contoh terbaik untuk gambar beramai ramai..klik

2. Bagi gambar seorang pula, gambar terbaik adalah separuh badan. tetapi terpulang kepada anda jika mahu seluruh badan, cuma ia akan kelihatan kecil.

3. Jika anda berasa susah untuk memilih gambar sila hantarkan gambar sebanyak mana yang sesuai kepada saya dan saya kan memilih yang mana sesuai.

13 April 2008

Ibu dan Adik Marzuki (blogmenjerit)

saya dapat gambar ini dari sahabat blogger, marzuki jalil dari terengganu. ini foto ibu dan adik beliau yang diambil secara senget. sebenarnya gambar tersebut dalam komposisi menegak, tapi apabila saya letak dalam keadaan melintang, saya rasakan ia lebih menarik. Gambar ini memang unik dengan foto yang diambil secara senget dan aksi spontan kanak-kanak di dalam gambar yang menganga dan di dalam mulutnya ada gula-gula. Ibu dia rambut perang..saya termenung sebentar dan berfikir cammana nak buat rambut perang dengan lukisan pensel..cabaran baru..dan anda harus beri penilaian. Saya senenarnya berhati-hati melikis kedutan pada wajah ibunya takut kedutan terlalu menyerlah nampak lebih tua.

10 April 2008

Gambar Perkahwinan

Gambar perkahwinan seorang pelangan dari Kuala Lumpur. Post yang baik dan sesuai untuk dipotraitkan...lihatlah kedua-dua pengantin nih..sedondon ajer hensem dan cun..macam artis ajer..

08 April 2008

Tutorial

Penggunaan Pensel
penggunaan pensel perlu diberi perhatian terutama point yang digunakan. Sebelum itu anda perlu memahami sifat pensel tersebut dari segi hierarki point pensel tersebut. Point yang digunakan adalah sebanyak 19 point iaitu, 8B, 7B, 6B, 5B, 4B, 3B, 2B, B, HB, F, H, 2H, 3H, 4H, 5H, 6H, 7H, 8H, 9H. Untuk menjadi seorang pelukis tidak perlu untuk memiliki kesemua point mata pensel tersebut yang penting adalah penggunaan yang mahu sahaja.
point B hingga keatas mempinyai sifat lembut lagi tinggi maka tinggilah kelembutan mata pensel tersebut. Ia sesuai untuk melakarkan untuk kawasan yang memerlukan kegelapan yang tinggi.Terdapat kelemahan, iaitu kawasan yang menggunakan point ini agak kotor dan apabila di-blend ia kurang smooth. (serata) .perlu berhati-hati dan teliti apabila melarik pada kertas.

Point H dan keatas mempunyai sifat keras. Point H adalah kegemaran saya. Apabila melarik dengan menggunakan point H ia mudah di-blend dan kelihatan serata. (tidak nampak bergaris-garis). terdapat kelemahan, ia tidak boelh digunakan untuk mendapatkan kawasan yang gelap. Jika ditekan akan merosakkan kertas atau kertas akan berlurah. Jangan menggunakan point H untuk lakaran awal pada kertas kerana ia akan meninggalkan lurah. Penggunaan adalah dengan lembut jangan tekan.

TUTORIAL LAIN:

Tutorial: Teknik Meletakkan Gred Pada Lukisan


Cara melukis Wajah Manusia

07 April 2008

Kak Shiema dan Keluarganya


Ini lukisan antara yang terbaru saya siapkan...kak shiema dan keluarga..mungkin background tu kat tepi laut kot..nampak macam tasik ajer..lukisan serong syg telah berjaya disiapkan dan hasilnya kepala saya hampir terpeleot sikit...tetapi berjaya maintain kembali..buat lukisan yang senget camnih bukan la masalah besar sangat tetapi nak lukis suaminya yang kontrol macho dengan janggut dan kumis yang mengancam tu...takut bila lukis jadi kureng hensem plak..korang boleh menilai samada saya berjaya atau tidak..hehe.

ini blog kak Shiema: http://shiemz.blogspot.com/

03 April 2008

Empat Wanita Ceria

Ini antara lukisan yang mendomonasi hampir keseluruhan ruang kertas dan posting yang sangat baik dengan komposisi yang baik. Dari sudut lighting saya highlightkan sedikit.Suatu yang sedikit mencabar saya adalah foto tersebut agak kabur. Walaubagainapun ia bukanlah suatu masalah yang besar sangat. tak banyak kedutan pada pakaian. Tahap kesukaran sederhana.

FAQ

Berapa harga untuk lukisan potrait ni?
lukisan ini saya jual dalam saiz A4 dengan harga RM20 sahaja termasuk kos penghantaran.
Tetapi untuk lukisan berwarna RM30.

Boleh tak ditempah dengan saiz A3?
buat masa ni saya tidak buat dalam saiz A3 kerana kertas yang saya ada tidak sesuai. Akan datang mungkin saya akan usahakan.

Kalu saya nak tempah 2 orang dalam satu lukisan boleh tak? Berapa bayarannya?
Boleh tidak ada masalah. Kira sama juga harganya..kira halal. Berapa ramai pun boleh. Tetapi kalau beramai saya cadangkan sediakan foto separuh badan atau fokus kepada wajah kerana lukisan beramai-ramai akan menyebabkan hasil yang terlalu kecil dalam kertas A4.

Berapa lama tempahan lukisan tersebut boleh siap?
Ia bergantung kepada jumlah tempahan yang saya terima. Saya tidak boleh berjanji kerana ia dibuat oleh tenaga manusia. Bagaimanapun saya sentiasa komited dengan kerja saya. Untuk makluman saya tidak akan menerima sebarang tempahan jika didapati banyak lukisan tertangguh. Saya anggarkan paling lama 2 minggu dan paling cepat 3 hari.

Macam mana saya boleh terima potrait tersebut?
Selepas lukisan tersebut siap, saya akan pos lukisan tersebut dengan menggunakan perkhidmatan pos ekspres. Anda tidak perlu bayar kos pos tersebut kerana bayaran lukisan tersebut sudah dikira termasuk kos penghantaran.

Macam mana nak bayar?
setakat ini saya hanya ada akaun Maybank sahaja. kalau dengan cara lain anda boleh menggunakan money order kepada saya.
akaun maybank saya: 158220606698 nama penerima: IDHAM EFFENDI B ABD WAHAB