31 March 2008

Gadis Duduk Atas Kerusi

lukisan potraitSebenarnya lukisan ini agak mencabar jugak. Yang paling sukar sekali adalah melukis kerusi dia bukan orang dia..hehe. Kerusi perlu ketelitian supaya tak lari garisan selari dan tak bengkok. Untuk keseragaman saya terpaksa pakai pembaris (pecah rahsia). saya tak pasti dia tengah pegang ape? mungkin paper roll untuk letak bola golf kot? tanya dia la.

30 March 2008

Nak Buat Tempahan

Buat masa ini saya membuat lukisan potrait dengan saiz A4 dan mengunakan medium pensel. Jika anda berminat nak tempah, sila hantarkan foto ke email saya idhampotrait@gmail[com]. Jangan bayar dahulu!. Selepas anda lihat softcopy lukisan dan berpuas hati baru anda lakukan pembayaran.

Selepas pembayaran dilakukan, saya akan menghantar menggunakan pos ekpress bersaiz besar. (muat kertas A4). Pos ekpress, penerima tidak perlu sain surat tersebut jadi jika tiada siapa di rumah pada waktu siang sila beri alamat tempat bekerja supaya ia selamat sampai di tangan anda.

Sila buat pilihan samaada medium hitam putih ataupun berwarna
  • Hitam putih: RM20 - menggunakan graphic pencil
  • Berwarna: RM30 - menggunakan pensel warna.
Jika anda berminat sila berikan maklumat di email saya
1. attach foto yang anda kehendaki
2. nama penuh
3. alamat penerima
4. no. handphone untuk massage elert.
5. pilihan warna (hitam putih atau berwarna)

email saya: idhampotrait@gmail[dot]com

Selepas Lukisan tu siap saya akan hantar message ke hp anda dan cara-pembayaran ke alamat email anda:

maklumat dibawah hanya dihantar selepas lukisan siap anda boleh menyalin untuk simpanan jika tidak selalu mengakses internet.

Sila buat bayaran ke butiran berikut:
Jumlah transaksi: RM 20(untuk sehelai lukisan A4 hitam putih), RM30 (untuk sehelai lukisan berwarna)
nama Penerima: IDHAM EFFENDI BIN ABD WAHAB
Bank: Maybank
No Akaun: 158220606698
email penerima: chip_arm@yahoo.com

Selepas buat transaksi bayaran sila berikan maklumat di email saya seperti masa transaksi, tarikh, bank atau apa sahaja maklumat berkaitan sebagai bukti transaksi. kemudian saya akan mengesahkan melalui online. Setelah sah anda buat bayaran, saya akan hantar lukisan tersebut melaui perkhidmatan pos ekspress.

29 March 2008

Lukisan 5 Orang

lukisan pensel
Ini lukisan beramai ramai. sebenarnya dari gambar ada 12 orang tetapi kak yag tempah tu cadangkan nak buat lima orang sahaja. Oleh kerana budak yg pakai baju melayu kt kiri tu jauh sangat saya rapatkan sedikit. kalau tidak tak masuk la dia dalam kertas A4.

28 March 2008

Anak Mama Ranggie

Inilah dia anak Mama Ranggie. Nama dia Nur Qristina (aku tak pasti ejaan dia, ni agak aje). baru nak masuk 4 tahun. Memang comel budak nih pakai baju Barbie. Lukisan camnih ok nampak terletak dan detail. Memang sesuai untuk lukisan saiz A4.

26 March 2008

Sepasang Pengantin

sepasang pengantin baru dengan posing maut di studio. mula-mula aku dapat pic ni aku tengok suaminya senyum atau ketawa. Ini macam senyum paksa aje...hehe

24 March 2008

Adam dan Ibunya

Adam yang sedang didukung oleh ibunya (Azimah). Adam kelihatan comel dan sedang kontrol macho dengan rambut pacak gitu.

20 March 2008

Adik dan Abang


Gambar anak saudara kakak saya. Kualiti Scanner kurang memuaskan. Scanner yang saya gunakan Epson Stylus CX2900 secara auto memberikan hasil yang agak contrast. Apa yang saya mahu hasil paparan yang smooth dan realistik seperti lukisan.

16 March 2008

Tuanku Nur Zahirah

Inilah dia wajah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang memang cantik dan mantap. Memang sepadan dengan Tuanku Mizan. Saya berasa risau ketika melukis wajah orang yang cantik kerana sukar disamakan dengan lukisan, takut terjadi sebaliknya. Dengan ketelitian akhirnya menjadi.







15 March 2008

Stevan Gerrard Went He Losed

Stevan Gerrard selaku ketua pasukan dengan kecewa terduduk
di atas padangselepas wisel penamat kerana gagal membawa England ke
pusinggan kelayakkan piala Eropah.
Gambar asal lukisan ini dimbil daripada akhbar tempatan.


14 March 2008

Ella Ratu Rock (pensel in A4)


Tajuk: Ella Ratu Rock
Medium: pensel dan kertas
Saiz: A4
Pelukis: Idham Effendi hj. Abd Wahab
Tarikh: 29.8.2001
Publish Post

Lukisan Pen Sebuah Bot Berlabuh


Tajuk: Sebuah Bot Berlabuh
Medium: pen dan kertas (sketch)
Saiz: Separuh A4
Pelukis: Idham Effendi hj. Abd Wahab