Download Ebook  Percuma  [format .pdf] Saiz
11 Kriteria Laman Web Yang Baik 160 KB
7 Rahsia Bisnes Gaya Pos 122 KB
Bina Blog Dalam 3 Minit 1284 KB
Kelebihan Perniagaan Internet 230 KB
Mitos Perniagaan Internet 64 KB
Panduan Membeli Secara Online 1112 KB
Panduan Membuat Ebook 924 KB
Panduan Pay Pal 1024 KB
Panduan Memulakan Perniagaan 268 KB
* Ini adalah ilmu percuma untuk kita kongsi bersama. Kalau mana yang berkenan sedut sahaja. Terima kasih

Wednesday, November 5, 2008

Hubungi Saya

Anda boleh Menghubungi saya melaui butiran berikut:
Nama: Idham Effendi
No HP: saya sudah tidak ambil tempahan buat masa ini. Harap Maaf
Email: idhampotrait@gmail.com

Cara-Cara Membuat Tempahan Lukisan Potret

Berikut adalah langkah untuk membuat tempahan. Sebelum itu anda perlu meneliti harga dan pakej yang ingin ditempah berikut merupakan senarai harga dan pakej yang saya tawarkan:

SENARAI HARGA
semua lukisan bersaiz A4

MEDIUM1 FIGURE2/3 FIGURE4/5 FIGURE
hitam putih [pensel graphic]RM30RM35RM40
pensel warnaRM40RM45RM50
* figure maksudnya orang atau objek

PENGHANTARAN GAMBAR
sila lakukan penghantaran gambar melalui email attach. Saya akan meneliti gambar tersebut dan pastikan anda menghantar gambar yang sesuai dan tidak kabur.

Sila berikan maklumat berikut :
1. nama
2. pakej - hitam putih atau warna.
3. alamat penghantaran.
4. no. hp (optional)

PEMBAYARAN
lakukan pembayaran ke akaun MAYBANK secara bank deposit atau online Maybank 2U.
No. Akaun: 158220606698
email: idhampotrait@gmail.com
penerima: IDHAM EFFENDI BIN ABD WAHAB

HANTAR BUKTI PEMBAYARAN
setelah anda lakukan pembayaran sila hantar bukti pembayaran ke alamat email

Friday, September 5, 2008

Potret En Azizee Dan Isteri

potret suami isteriPada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda sebuah potret suami isteri iaitu En. azizee dan isteri beliau. Saya suka bertandang ke blog beliau walaupon saya tak tahu apa konsep yang ingin disampaikan (bercampur) tetapi banyak juga ilmu dan maklumat berguna yang boleh kita kongsi bersama dengan pengalaman En Azizee nie. Ini blog beliau: http://www.blogsempoi.com

Saturday, August 30, 2008

2 Sahabat Karib

Saya ingin ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara. Apa yang penting sekali adalah penghayatan kita sebagai umat Islam dan taatsetia kita kepada negara. walaupun negara sekarang agak panas dengan isu-isu politik, diigatkan supaya kita tidak membelakangkan apa yang lebih Utama.

baiklah, dipendekkan cerita saya ingin memperkenalkan sebuah lukisan yang saya siapkan sebulan yang lalu. lukisan ini adalah kiriman Noor Syazlin. ia bersaiz A4, 2 figure, menggunakan pensel warna.

Tuesday, August 19, 2008

Kak Siti's Happy Family

Ini lukisan keluarga Kak Siti dari Kulai Johor. Samada anda perasan atau tidak saya sudah pun post lukisan pertama dia. Lukisan kak Siti dan suami bersama Perdana. Ini adalah gambar dia bersama anak dan suami beliau. memang kelihatan sangat ceria dengan reaksi spontan dan kombinasi warna warni yang menarik. semoga beliau terus sejahtera dan ceria selalu.

Friday, August 15, 2008

Pengantin Bersama Perdana

Gambar pengantin posing bersama proton perdana. Dah lama siap, jadi saya rasa untuk post kali ini saya pilih lukisan ini. sebenarnya latar belakang tersebut adalah kereta Waja tetapi mereka mahu saya tukarkan dengan kereta Perdana dan nombor plat kereta sekali. tahap yang paling sukar sekali adalah apabila melukis medium yang statik ataupun objek bersegi seperti kereta, kerusi, rumah dan sebagainya, kerana ketelitian harus berhati-hati pada garisan tepi. Jika tidak lurus maka ia tidak akan hidup seperti asal dan berbeza pula dengan figure seperti orang. Selepas melihat lukisan ini mereka terus berpuas hati dan ia telah saya pos ke Johor..

Friday, August 8, 2008

Khalissa

Khalisa, satu tahun tiga bulan, anak Pn. Zuliana (Anna). http://dalissacuppacake.blogspot.com/ . Lukisan pensel bersaiz A4. Pada pengalaman saya, penempah yang paaing ramai adalah wanita dan mereka kerap menghantar gambar anak-anak mereka. Bagi keluarga, 3 atau empat orang jarang-jarang. Jika anda ada anak dua orang atau lebih, saya boleh gabungkan dua dalam satu tetapi gambar tersebut biarlah sesuai, jangan nanti bila digabungan nampak seperti tidak matching aje... Saya akan lihat samaada sesuai atau tidak. kalau anda pening tak tahu nak pilih gambar mana yang sesuai, hantar le bebanyak gambar kepada saya dan saya tolong pilihkan yang mana sesuai.

Monday, August 4, 2008

Dalea (anak Pn. Zuliana)

Lukisan A4. menggunakan sentuhan kaler pensel. Dalea ni berumur 3 tahun 10 bulan... Sebenarnya lukisan ini ada sepasang..adiknya yang nak tumbuh gigi (Khalissa) memang kiut. Nanti saya akan poskan ya... Sepanjang saya nak siapkan luksan ini, saya berasa memang happy kerana dapat gambar kanak-kanak yang kiut. Saya dari dulu lagi memang suka kepada kanak-kanak tambah pulak budak kecik yang comel dan kiut... Oh ya kalau anda nak melawat blog ibu kepada dalea , boleh klik : http://dalissacuppacake.blogspot.com/ Banyak biskut dan kek yang ada di sana. Saya tak larat nak lawat blog dia kerana mesti rase lapar.... bayak makanan ..meleleh............

Friday, July 25, 2008

Anak Pn. Anom di UK



Ini lukisan anak Pn. Anom. di UK kalau tak silap ler.. lukisan tak boleh nak tegakkan..dalam post ini. sori very much...
Format A4, hitam putih(pensel graphic),

Thursday, July 3, 2008

Portrait Seorang Wanita

Inilah potrait seorang wanita yang telah saya gantikan warna bajunya. Kalau saya letakkan warna hitam jadi seperti lukisan black and white. Sebenarnya dah tiga kali saya lukis gambar dia, kebanyakkannya dia pakai baju hitam. Mungkin dia suka warna hitam. Ada juga gambar foto yang saya reject pasal terlalu kabaur. Jadi, sesiapa yang ingin menghantar tu pastikan tidak kabur, tapi takpe kalau saya dapati tidak boleh nak terima saya akan maklumkan.

Tuesday, July 1, 2008

En. Fauzi dan Isteri

Setelah memperkenalkan hanya sekali blog saya kepada En. Fauzi, tanpa berlengah lagi beliau terus meng-order sebuah lukisan potrait hitam putih. terima kasih En Fauzi. Bagi anda yang masih tercari-cari gambar tu, jangan pening kepala, kalau tak ada gambar orang, gambar kucing pun boleh. Ada juga yang bertanya, nak minta lukiskan gambar kereta. Saya tiada masalah kalau itu kehendak anda. Cuma bila ada yang minta lukiskan karikatur saya agak keberatan kerana saya kurang cenderung dalam bidang karikatur. Pernah mencuba untuk lukis tapi jadi hasil yang kelakar sikit...hehe.

Monday, June 30, 2008

Pengantin Lame

Lukisan A4, saiz A4, Berwarna , medium: pensel warna.

Friday, June 27, 2008

Gambar graduate

gambar tersebut saya ubah suai sdikit perletakkannya. Saya rapatkan sedikit kedudukan mereka dan cuba meletakkan skala yang sesuai suapaya fix aecara menegak di dalam lukisan A4. medium pensel graphic , hitam putih saiz A4.

Saturday, June 21, 2008

Gambar Perkahwinan

Saiz A4, Black n White, graphic pencil. Jika ada sebarang komen sila nyata. Nama penempah dirahsiakan.

Friday, June 20, 2008

Cute Girl Rambut Krinting

Lukisan Berwarna , saiz A4, Menggunakan Pensel Warna.

Tuesday, June 10, 2008

Anak en Saiful (adik)


Ini anak En saiful namanya Khairel Aiman.
Jika anda ada pendapatan atau komen mengenai potrait ini sila berikan pendapat. Saya ingin bertanya jika potrait ini dibuat lebih gelap nampak menarik tak atau akan hilang realistiknya?
sila beri komen, kalau nak kritik pon saya suka mendegar
Terima kasih

Wednesday, May 28, 2008

Potrait anak En Saiful (kakak)

En saiful dari Kulai johor meminta saya melalukiskan potrait hitam putih. Ini gambar kakak dan satu lagi gambar adik. Saya amat menggemari gambar ini kerana cara posing yang bersahaja dan kedudukan yang benar-benar sesuai untuk dijadikan potrait. Menurut En Saiful, latar belakang pemandangan tersebut adalah Pulai Jerjak, Penang.

Saya amat berpuashati dengan hasil potrait ini dan terasa sayu hati saya sedikit ketika packing untuk hantar kepada En. Saiful. Hampir kebanyakkan potrait yang saya hasilkan adalah bukan milik saya. Saya pernah juga bertanya kepada pelukis potrait yang lain tentang hal ini. Mereka juga adakala berasa perasaan yang sama kerana sukar memberi hasil lukisan mereka kepada orang lain.

Antara yang menarik pada potrait ini adalah bahagian rambut yang menjadi 'focal point' kepada timbulnya keceriaan potrait tersebut. saya melakar rambut dengan penuh berhati hati dan menggunakan mata pensel yang sentiasa tajam dan tidak melanggar apa-apa lighting effect pada foto.

Perkara yang menjadi keutamaan pada pelanggan saya adalah 1. 'real' atau 'hidup', 2. sama seperti foto, 3. ketelitian atau kekemasan. 4. artistik. Sebenarnya yg paling mudah bagi pelukis adalah dari bilangan paling bawah hinggaa keatas (4,3,2,1). Perkara ini sebenarnya amat saya ambil berat dan sentiasa memperbaiki mutu lukisan saya.

Sila berikan komen. terima Kasih

Saturday, May 24, 2008

En Azrul Black N White

Ini adalah potrait kedua tempahan En Azrul dari Jitra Kedah. Potrait berukuran A4 menggunakan pensel. Foto beginilah yang sesuai untuk potrait bersaiz kecil dan sederhana.

Untuk makluman anda bahagian wajah adalah mengambil masa yang paling lama berbanding bahagian lain. Bahagian kedut baju dan bahagian rambut tidak ambil masa yang lama kerana penelitian yang sederhana sudah memadai kerana ia tidak langsung menjelaskan apa-apa jika diukur dari sudut kesamaan antara foto dan lukisan. Nampak mudah tetapi ambil sedikit masa juga tetapi mudah menentukan peletakkan (fix) dalam kertas dan lighting effect kerana foto ini sudah memberikan semua itu. cuma tiru sahaja.

Cuba lihat pada pipi kanan terdapat sedikit tompok garisan. Sebenarnya tanpa saya sedar, semasa sy scan potrait ini, saya tersentuh lukisan tersebut dan berlaku perkara sedemikian. walaubagaimanapun saya sudah membaiki potrait itu semula. Ini beri pengajaran bahawa apa sahaja kerja yang kita lakukan perlu berhati-hati dari awal hingga akhir.

Cuba perhatikan garisan pada kawasan gelap dan kawasan terang (pipi umpamanya). kelihatan kawasan gelap bergaris-garis, ini kerana penggunaan pensel gred tinggi (5B atau 4B) akan memberikan kesan sedemikian) saya tiada pilihan lain dan sedang cuba membuat penelitian dan membuat kajian sedikit untuk perbaikinya. Saya lihat ini adalah masalah biasa yg perlu dihadapai oleh pelukis profesional. Ini bukan masalah besar jika menggunakan saiz lukisan yag besar. Saya hanya guna A4, masalah sikit dan perlu lebih teliti.

Cuba anda sedikit ruang masa untuk teliti potrait ini dan saya mahukan feed back. Jika anda perlu mengkritik silakan kerana saya suka dan bersedia mendengarnya. Setiap komen sebenarnya telah baiki kualiti potrait saya dan ini dapat disedari oleh rakan blogger yang selalu berkunjung kesini.

Thursday, May 22, 2008

En Azrul Jitra Kedah


Ini adalah potrait Azrul orang utara sana nun... Jitra Kedah. hensom tak? kalau nak ngorat atau berkenalan ngan dia bleh lawat blog en azrul : http://www.azruldemirtas.blogspot.com/.

Pada pengalaman saya, ini adalah perletakkan dan posing yang sesuai dijadikan potrait. Saya amat mengemari foto ini ini kerana mempunyai variasi hitam dan gelap yang menyerlahkan gambar tersebut. Lighting yang cukup sesuai. Mungkin gambar ini diambil dari studio. Saya amat mengemari kedut pada pakaian, jika gambar tersebut banyak kedutan saya amat mengemarinya kerana kedutan itu akan memberikan 'mesej' kepada realistik potrait itu.

Tahap kesukaran adalah sederhana. Latar belakang saya guna warna merah tetapi saya sedikit kurang berpuashati kerana merah tersebut telah 'tenggelamkan' sedikit potrait ini. saya rasa biru pekat lebih sesuai. walaubagaimanpun merah mempunyai makna tersendiri mengikut penilaian individu. Pada wajah, saya cukup berhati-hati kerana pensel kaler tidakmudah padam, jadi mukanya mempunyai kawasan terang yang lebih dan kawasan bayang yang gelap jadi ia sedikit sukar dan perlu ketelitian.

Jika anda ada sebarang pandangan dan komen sila tinggalkan pada ruangan komen. Saya suka mendengar sebarang komen yg membina.

Wednesday, May 21, 2008

Gambar Keluarga

Ini gambar keluarga Cik R. Wirdatul Ain dari USM kelantan. Katanya nak hadiahkan untuk Family Day.

Gambar seperti ini memang sesuai untuk dijadikan lukisan potrait tetapi ia lebih sesuai jika dijadikan potrait bersaiz besar seperti A2, A1 atau A0. Amat sukar rasanya untuk melukis sebuat potarait berskala A4 dengan dari skala yang sangat kecil. Walaubagaimanapun saya telah cuba yang terbaik. Jika merasakan terdapat kelemahan sila beri komen.

Untuk makluman, sekarang saya sedang berusaha untuk menyediakan tool dan keperluan pelanggan (penghantaran) untuk membuat potrait berskala besar pula. Potrait sebegini memang saya selalu lakukan terutama menggunakan cat minyak. Tetapi ia memerlukan modal yang lebih sedikit kerana warna cat minyak agak mahal. Walaubagaimanapun saya akan cuba menyediakan medium pastel untuk lukisan potrait. Lukisan potrait amat sesuai menggunakan pastel.